"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Thursday, July 12, 2007

KONVENSYEN BERSIH

Rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri satu konvensyen anjuran BERSIH.
Butiran adalah seperti di bawah:
Tempat: Chinese Assembly Hall, Jalan Kampung Atap, Kuala LumpurJam:
Bermula jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam
Tarikh: 20 Julai 2007
Tetamu Khas:
Tuan Guru Hadi
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Saudara Lim Guan Eng
Hadirin diminta bawa bersama Jalur Gemilang.

Untuk sebarang pertanyaan/maklum balas, sila hubungi:03-2692 5000 sambungan 302*Tolong hebahkan, terima kasih.

Presiden UMNO Juga Keluar Parti-Anwar


Ampang,7 Julai 2007-Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdananya yang diraikan lebih 4000 rakyat di Taman Ampang Indah di sini mengulas soal keluar-masuk parti yang pada waktu kini masih sibuk dijunjung oleh media-media arus perdana.
Beliau menyatakan soal keluar masuk parti adalah perkara biasa dalam politik dan rakyat sepatutnya tidak terlalu memikirkan persoalan tersebut sebaliknya terus menumpukan kepada agenda besar reformasi yang diterajui parti.
tambah beliau lagi ahli-ahli keADILan yang dikatakan keluar parti kebanyakannya adalah golongan kecewa dalam parti yang sudah lama mendiamkan diri tetapi tiba-tiba dijulang sebagai kononnya tulang belakang kepada pergerakan parti.
Beliau menambah dengan memberikan contoh di Pulau Pinang ,Bekas Ketua Bahagian Bukit Bendera yang telah kalah dalam pemilihan peringkat bahagian mengambil sikap meninggalkan parti dan mengheret bersama isterinya yang juga bekas Ketua Wanita Pulau Pinang untuk mengikuti jejaknya.Manakala di Kedah, bekas Ketua Penerangannya sudah diisytihar muflis oleh bank dan tidak layak memegang sebarang jawatan.
Menurutnya lagi, UMNO mesti melihat sejarah bahawa 3 orang bekas Presidennya termasuk pengasas UMNO sendiri meninggalkan parti lapuk itu kerana sedar perjuangan UMNO adalah sia-sia.Dato Onn Jaafar merupakan pengasas dan Presiden UMNO pertama kemudiannya menubuhkan Parti Negara dan menang di Terengganu dengan sokongan PAS ketika itu.Selain itu, Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj dan juga Tun Hussien Onn turut keluar UMNO dan berkempen dalam pilihanraya bagi menentang UMNO.
majlis ceramah tersebut turut diraikan oleh Dato Dr Zainal Abidin Ahmad selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Sdr Azmin Ali selaku Naib Presiden dan Pn Hjh Zuraida Kamaruddin selaku Ketua Wanita disamping beberapa ahli MPT dan AJK Keadilan serta PAS Kawasan Ampang.