"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Wednesday, June 27, 2007

Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat.
Yang mengejutkan ramai, ialah tuduhan yang dilemparkan beliau iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik diktator dan saudara Azmin Ali banyak mempengaruhi keputusan-keputusan penting parti dan DSAI sendiri.
Walaupun menghargai segala sumbangan dan menghormati keputusan beliau sebagai seorang warganegara yang bebas membuat keputusan, namun ramai yang masih berteka-teki dan mempertikaikan keputusan dan lemparan tuduhan itu.
Ezam meletakkan asas tuduhan beliau kepada realiti bahawa, walaupun Presiden PKR ialah Dr Wan Azizah, namun Anwar yang melakukan semua keputusan termasuk melantik MPT-MPT dan menentukan halatuju parti.Bagi saya sama ada pemikiran Saudara Ezam sudah dikelabukan atau beliau sengaja mencari helah dan alasan meninggalkan parti.Ramai sedia maklum bahawa keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua (De Facto) parti diambil secara konsensus setelah pihak R.O.S menafikan hak Anwar untuk bertanding secara demokratik jawatan Presiden dalam kongres yang berlangsung di Seremban tempoh hari.Hampir keseluruhan perwakilan bersetuju dengan pandangan seorang perwakilan lain iaitu Latheefa Koya (kini MPT dipilih) yang mengesyorkan jalan tengah kerana bimbang jika pemilihan diteruskan dan jika Anwar menang (99% kemungkinan Anwar akan menang) Parti Keadilan Rakyat akan dibatalkan oleh R.O.S yang diketahui berkiblatkan UMNO/BN.Dalam hal yang lain, Anwar mengesahkan memang beliau ada menghubungi beberapa pimpinan AMK Pusat dengan tujuan menasihati anak-anak muda ini berkenaan soalan pemilihan.Menjawab terus persoalan yang sama dalam sidang media selesai Kongres tersebut Anwar dipetik sebagai berkata " ...saya tidak campur tangan, ini soal demokrasi.Saya hanya memberi nasihat dan terpulang kepada mereka sendiri.Jika tidak mahu menerima nasihat saya mengapa angkat saya sebagai penasihat?"

Nah, jadi di mana politik diktator Anwar? Anwar boleh sahaja senang-senang menerima undangan antarabangsa jika ingin hidup mewah lantaran kredibiliti dan wibawa beliau.Saudara Ezam tidak mungkin lupa kerana saudar Ezamlah yang kemaruk berkeliling seluruh negara menjunjung ceramah mengenai Wibawa Anwar.Saya masih mempunyai salinan VCD ceramah tersebut di Kelantan.Namun kini Anwar komited dan buktinya keseluruhan mesyuarat MPT dipengerusikan beliau sendiri.Inilah komitmen Anwar.
Jika masalah Ezam dengan Azmin yang menjadi punca beliau meninggalkan parti, maka ini adalah perkara yang wajar kerana jika Ezam tak mampu menghadapi dan melawan politik Azmin bagaimanalah Ezam ingin menangani politik UMNO dan BN.Ezam sangat tidak senang dengan karenah politik Azmin yang dikatakan selalu mendampingi Anwar dan mempengaruhi keputusan-keputusan beliau.Ezam juga diketahui meminta Dato Seri Anwar berbuat sesuatu namun menurut sumber, tiada apa yang tidak kena dengan Azmin kerana jika beliau diminta melaksanakan sesuatu oleh Anwar, Azmin dikatakan selalu "performed well".
Apapun yang berlaku bolehlah diibaratkan sebagai ulang tayang filem pilihanraya.Situasi sama selalu menimpa pimpinan muda Keadilan dari PRU 10 hingga PRU 12 kini.Inilah hakikat sebuah parti yang masih muda dalam arena politik tanah air.Mungkin selepas PRU 12 nanti jika PKR dan B.A berjaya menawan beberapa negeri barulah terbuka luas biji mata mereka yang iri hati.
Akhir sekali komen dari DSAI sendiri,
"Tidak dinafikan bahawa saya punyai kelemahan dan keterbatasan. Ada anggapan bahawa dengan kehadiran saya secara berdepan dalam persada politik tanahair, semua kekusutan dan kemelut dapat dileraikan - samada politik, perniagaan atau kewangan. Sesungguhnya ribuan yang bekorban dan berjasa kepada saya, keluarga dan perjuangan. Semuannya berhak membuat tuntutan dan seringkali ada pula yang berbentuk ugutan. Saya tetap bersyukur kerana puluhan ribu lainnya tidak meraih sesuatu selain kesetiaan kepada perjuangan.Malah sepertimana dimaklumi saudara/i, saya tidak menjawab secara terbuka kritikan teman-teman. Memadai untuk ditegaskan bahawa segala ikhtiar yang mungkin telah diusahakan dan sebarang ikhtiar lainnya tanpa mengurbankan prinsip akan terus diusahakan. Namun kita jangan asyik mengelamun. Kerja dan program perlu terus ditingkatkan.


Ezam dan Ezam lagi...

"Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan prinsip politik diktator dan Azmin Ali terlalu berkuasa menentukan halatuju parti dan mempengaruhi keputusan pimpinan"
Itulah antara sebab dan alasan yang terpacul keluar dari mulut mantan Ketua Pemuda Keadilan ,Ezam Mohd Nor tatkala mengumumkan keluar parti keramat ini.
Untuk apa tujuan sekalipun beliau bercakap sedemikian tidaklah kita ketahui.Namun yang diketahui umum ialah mengenai kedangkalan kenyataan tersebut.Setelah meneliti banyak fakta dan auta rakan-rakan, disini saya himpunkan beberapa petikan menarik untuk penelitian semua.
"Ezam ialah seorang pengkhianat kepada perjuangan ini.Beliau pernah komited tetapi kini berpaling tadah menghentam pimpinan parti seolah-olah beliau mewakili suara UMNO/BN"
Samsul Iskandar (Ketua AMK Pusat)
"Seharusnya Ezam mengambil jalan penyelesaian dalaman jika ingin menjalankan reformasi dalam parti dan jika bermasalah dengan Naib Presiden Azmin,bukan keluar dan menghentam parti."
Jonah (Naib Ketua AMK Pusat)
"Ini petanda sebelum Pilihanraya Umum,sejarah membuktikan dari PRU 1999 hingga PRU 2004. Dari Zahid Mat Arip hingga Ruslan Kassim dan kini Ezam Mohd Nor"
Cikgu Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK Pusat)
"Ezam mencari publisiti murahan.Siapa saya untuk mempengaruhi Dato Seri? Beliau tokoh besar di peringkat antarabangsa"
Azmin Ali (Naib Presiden)
"Ezam Cuba lemahkan keADILan"
Ahmad Zaki Yamani (Setiausaha AMK Pusat)

Sunday, June 24, 2007

Bukti Keadilan Makin Kukuh




Kebelakangan ini media arus perdana sangat aktif menyiarkan berita berkaitan PKR di dada akhbar mereka.Sebagaimana yang kita maklum, berita yang disiarkan mereka hanyalah untuk menggambarkan keADILan dengan seburuk-buruk wajah.Di sana sini pimpinan mengisytihar keluar parti kononnya wujud budaya politik tidak sihat dalam parti dan pelbagai tohmahan liar yang lain.Di Kedah terutamanya dikhabarkan ramai yang keluar parti dan terbaru bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor juga keluar parti.(saya akan ulas dalam tulisan yang lain).Ini tidak lain bertujuan melemahkan semangat pejuang-pejuang parti dan malang kepada mereka yang termakan tohmah itu dengan senang sahaja melupakan perjuangan dan jerih perih selama lebih 9 tahun (atau 8 bulan!? huh!!) dalam perjuangan.

Mungkin inilah yang menyebabkan kita masih belum beroleh kemenangan.Justeru yang bakal menyusul dalam masa terdekat ini akan saya rakamkan peringatan As Syahid Syed Qutb tentang 7 sebab mengapa perjuangan menegakkan yang hak itu lambat mencapai kemenangan.


Tapi disini saya mengumpulkan fakta dan bukti yang menunjukkan betapa parti keramat Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja masih bernyawa tapi degup nadinya bertambah kencang dan deras bersedia pada bila-bila masa untuk menjulang kibaran panji kemenangan.

Terbaru,KeADILan menerima penyertaan bekas Ketua Wanita MCA Pulau Pinang dan EXCO Pusat Wanita MCA selama 15 tahun, Puan Chin Fei Lan menyertai parti dalam kawasan Permatang Tinggi.


Sebelum itu lebih 1800 bekas ahli UMNO di Kota Bharu dari DUN Tanjong Mas,Bunut Payong dan Kota Lama menyerahkan borang menyertai KeADILan kepada Ketua Parti, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Di Kuala Krai pula kira-kira 1000 ahli UMNO yang menyedari kepincangan parti tersebut berpindah menyertai keADILan disusuli lebih 200 ahli baru di Ketereh dalam majlis yang turut diraikan oleh Menteri Besar Kelantan.

Manakala Pulau Lagenda, Langkawi bakal menyaksikan perubahan ketara apabila pulau kecil itu menerima kemasukan lebih 600 hulubalang UMNO pada 12 April lalu..

Fakta di atas cuma segelintir sahaja tetapi lihatlah, Parti Keadilan Rakyat menerima lebih 4000 ahli baru dalam masa kurang 6 bulan tahun ini dan angka-angka ini dijangka bertambah melihat kepada perkembangan terkini di Pulau Pinang dan Sabah.

Untuk makluman, KeADILan Sabah kini dalam usaha keras menambahkan ahli parti setelah menerima kemasukan secara besar-besaran hampir 18 ribu ahli pada Oktober lepas.

TAHNIAH DATO' DR ZAINAL

AMK Negeri Selangor hari ini ingin merakam setinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Keadilan Selangor yang baru iaitu Y Bhg Dato' Dr Zainal AbidinBeliau menggantikan tempat Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim yang kini sibuk dengan tugas barunya selaku Setiausaha Agung parti yang baru dilantik.
AMK Selangor percaya dengan kebolehan Dr Zainal memimpin perjuangan rakyat di seluruh Selangor berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau miliki dalam bidang politik dan akademik.Tambahan pula dengan pengalaman beliau selaku bekas Timbalan Menteri Besar Selangor tidak syak lagi bahawa beliau mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pemimpin.

Kami pasti beliau sedang menyusun agenda besar bagi mengukuhkan KeADILan Selangor dan AMK Selangor akan berusaha sedaya mungkin memperkukuh perjuangan dalam wadah rakyat ini dengan bersama-sama membantu beliau melangsungkan agenda perubahan di Selangor.
Membujur Lalu Melintang Patah.

Tuesday, June 12, 2007

BANJIR:Lawatan AMK Selangor

Rabu,12 Jun: Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini menghantar wakil untuk melawat sebuah kawasan banjir di pinggir bandaraya Kuala Lumpur.
Lawatan itu turut disertai Ketua DPP PAS Pusat ,Y.B Salehuddin Ayub,Ketua Wanita KeADILan Pusat Pn. Hjh Zuraida Kamaruddin beserta pimpinan kedua-dua buah parti disertai sebuah badan bukan kerjaan WIRDA yang berpusat di Ampang Jaya.
Lawatan selama kira-kira tiga jam itu turut diserikan dengan pemberian makanan,buah buahan serta bantuan kewangan kepada golongan ibu tunggal serta wanita kurang upaya.Turut diberi buah tangan ialah kanak-kanak.
Dianggarkan kira-kira 100 kelurga berjaya ditemui untuk dihulurkan sumbangan tersebut.
Ketua AMK Bahagian Ampang, Sdr Hamsah Djabir berkata tindakan pantas ini dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan parti serta memberi sumbangan yang sekadarnya untuk para penduduk yang terlibat.
Ketika lawatan dijalankan, kebanyakan penduduk sedang membersihkan rumah masing-masing.Kebanyakan penduduk menyatakan ini merupakan kali ke tiga banjir yang serupa berlaku walaupun banyak janji yang ditaburkan.Pelebaran sungai juga tidak memberi kesan yang ketara kerana hanya dilakukan di kawasan tertentu sahaja.
Manakala Puan Hjh Zuraida pula memberi jaminan bahawa beliau akan kembali bersama WIRDA untuk menjalankan program terutama sekali yang melibatkan golongan wanita di kawasan tersebut.

BANJIR:SMART KAH?



Banjir besar melanda Bandaraya Kuala Lumpur lagi.Hujan lebat yang turun sekitar jam 6.00 petang hingga 8.00 malam telah mengakibatkan Bandaraya itu lumpuh kerana banjir kilat yang berlaku.
Paras air naik setinggi lebih 1 meter dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit termasuk kenderaan dan premis perniagaan.Ia juga menyaksikan kecederaan serius kepada pengguna jalanraya.
Keadaan ini sangat menyedihkan tatkala Kuala Lumpur dikhabarkan mempunyai sistem pengaliran air yang efisien apabila projek SMART dibina.Namun kenyataan takbur bertahun-tahun itu dilenyapkan oleh hujan lebat yang berlaku cuma sekitar tiga jam sahaja.
Namun si hati batu, Menteri Kerjaraya S.Samy Velu dengan selamba mengumumkan kadar TOL SMART sebanyak RM 2.oo! Pengumuman ini dilakukan tatkala kebanyakan peniaga dan warga Lembah Kelang sedang menyinsing lengan dan berpalit lumpur membersihkan kediaman masing-masing.
Ternyata menteri lapuk ini sangat tidak sensitif dengan keadaan.Beliau dengan cepat menuding jari kepada JPS dan para Kontraktor yang terlibat dengan pelbagai kecaman kilat untuk mengelakkan dirinya terkulat-kulat menjawab kepada rakyat.Oleh itu apakah gunanya SMART ini dibina? Adakah ianya dapat menyelesaikan masalah banjir kilat sekitar Kuala Lumpur? Sama-sama kita tunggu suku terakhir tahun ini, diwaktu peralihan musim yang bakal menyaksikan rintik-rintik hujan menjadi deraian titisan lebat.Adakah sejarah bakal tercipta?