"Jika benar keADILan akan berkubur dan Anwar Ibrahim tidak terpakai lagi dalam arena politik tanah air,tentu pimpinan UMNO sedang ketinggalan arus".Begitulah antara bait kata yang diungkap oleh Anwar Ibrahim ketika berucap penuh semangat di hadapan kira-kira 5 ribu penyokongnya yang membanjiri Dewan Fadzil Noor di Taman Melewar baru-baru ini.Sambutan hebat yang ditunjukkan rakyat prihatin itu saling tidak tumpah seperti yang berlaku sekitar tahun 1999 di mana dari jauh lagi kelihatan kereta-kereta diparkir dibahu-bahu jalan dan limpahan orang ramai membanjiri sehingga ke luar dewan.
Dalam ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Azmin Ali,bekas calon Ijok Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa itu, turut kelihatan ramai wartawan dari media asing termasuk Asahi Shimbun dari Jepun.Menurut Anwar Ibrahim, majlis perisytiharan tersebut disiarkan ke seluruh pelusuk dunia dan mengigatkan pemimpin BN bahawa gelagat dan penipuan mereka sedang diperhatikan masyarakat antarabangsa.
Anwar juga menyelar Samy Vellu yang mencabarnya bertanding di mana-mana kawasan parlimen sebagai cabaran kosong yang tidak bermakna.Ini kerana Anwar masih belum dibenarkan bertanding dalam pilihanraya sehingga April 2008.Menurutnya lagi,KeADILan akan
meletakkan calon Dato' Nallakaruppan bagi menentang Samy Vellu di Sungai Siput pada PRU 12 kelak.Tempelak Anwar terhadap Samy Vellu juga semakin lantang apabila menyoalkan kebanggaan Samy Vellu yang mendakwa sokongan masyarakat India masih padu di bawah kepimpinan MIC.Amarah Anwar tidak terbendung kerana beliau melihat sendiri apa yang dibanggakan Presiden MIC itu sebenarnya ialah golongan masyarakat India yang tertindas seperti warganegara kelas ke tiga yang dilayan sebagai hamba.Mereka tinggal dalam gerobok usang dan undi yang diberikan kepada MIC ialah kerana ketakutan dan ancaman ,bukan kerana pembelaan MIC terhadap mereka."Yang melayan kaum India dengan sebegini teruk dan buruk ialah kamu (Samy Vellu),bukan saya,bukan kami!" demikian tegas Anwar.
Akhirnya majlis itu mengisytiharkan perpaduan semakin kukuh antara keADILan,PAS dan DAP yang dibuktikan melalui kerjasama padu dalam pilihanraya kecil di Ijok tersebut.Ijok juga sebagai batu loncatan untuk melonjak semangat rakyat dalam mengesahkan penipuan SPR dan BN yang terang-terangan berlaku.Tan Sri Khalid juga telah disiytiharkan sebagai pemenang sebenar PRK Ijok berdasarkan fakta-fakta dan bukti penipuan yang dapat dikumpul oleh JPRP.