"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Friday, December 7, 2007

HINDRAF: Baca Penjelasan Anwar.


Dato Seri Anwar Ibrahim menyarankan rakyat agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah dan penipuan yang dimainkan oleh media milik UMNO/BN mengenai isu tuntutan HINDRAF. Menurut beliau, kecaman dan serangan bertubi-tubi oleh media arus perdana terhadap dirinya itu membuktikan kegusaran dan kebimbangan pihak pemerintah dalam menangani pengaruh pimpinan pembangkang dan arus keinginan rakyat yang sudah sedia menukar kerjaaan.
Berikut merupakan antara petikan komen beliau mengenai isu HINDRAF dan tuntutan mereka:
21 Nov:
"Ini adalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin"
"Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya tidak mempertikai hak menganjurkan perhimpunan aman tersebut. Komuniti India telah sekian lama menderita"
22 Nov:
"saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.
Oleh itu,AMK Negeri Selangor berpendapat, gerak kerja perlu ditumpukan untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang isu sebenar dan penjelasan DSAI tersebut yang dikeluarkan beberapa hari sebelum perhimpunan HINDRAF.

No comments: