Mewahnya kita dengan isu-isu di IJOK.Berikut disenaraikan untuk memudahkan kempen saudara/saudari.
Negeri & Tempatan:
Rasuah Khir Toyo: 10 Laporan BPR
Perobohan Setinggan:Kg Berembang dll
Banjir Kilat: TTDI,Shah Alam
Jenayah:Kadar jenayah nasional,Selangor pingat emas!
Salahguna kuasa: Dato' Z & Istana Zakaria
Perobohan surau:Kg Berembang dll
Kenaikan tariff elektrik
Kenaikan cukai PBT
Pusat Perlupusan Sampah
Kilang haram
Pembelaan,taraf ekonomi & pendidikan masyarakat minoriti (India)
Nasional
Kenaikan Petrol & Gas
Indeks Persepsi Rasuah
Islam Hadhari
Rasuah bekas Pengarah BPR
Kes 5.5 juta Timb. Menteri Dalam Negeri
Kes Altantuya (Jangan lupaaa..)
dan baaaaanyak lagi.Lenguh nak taip.sila hadir ke Ijok dengan semangat yang tinggi dan niat kerana Allah swt.Pastikan kehadiran saudara/saudari produktif dan membantu! REFORMASI!
"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"
Sunday, April 15, 2007
Catatan Ijok: 15 April
Penulis bertolak dari Pejabat Pusat di Brickfields hampir jam 3 petang.Perjalanan melalui MRR2 agak selesa.Tidak banyak kenderaan sepanjang lebuhraya tersebut.Setelah melepasi Kepong, keadaan lalulintas sedikit sesak akibat projek ubah laluan jalanraya yang tidak siap-siap sejak tahun 2000.(Er..bila ADUN kawasan itu nk meninggal?!) Selepas melalui susur keluar ke Hospital Sg. Buloh keadaan masih sama.Kebanyakan jalan sehala.
Perjalanan kini sudah memasuki DUN Kuang.Terdapat rumah-rumah kampung tradisional Melayu di kiri-kanan jalan.Masih tiada tanda-tanda pilihanraya bakal diadakan di DUN bersebelahan.
Kini kami melalui jalan dihadapan Ladang Tuan Mee,salah sebuah daerah mengundi dalam DUN Ijok.Kelihatan kuarters estet di kiri kanan jalan.Kira-kira 10 minit selepas melepasi Kg Kuantan (kelip-kelip) lalulintas agak sesak.Banyak bendera BN terpacak di kiri-kanan jalanraya...Hm, memanglah puak-puak ni tak tahu Aka Pilihanraya ataupun saja buat begitu kerana mereka seolah-olah kebal dari Undang-undang! Nak tanya SPR,bolehkan berkempen sebelum penamaan calon?
Rupa-rupanya pada waktu itu baru selesai Pelancaran Pemuda BN Ijok.Piiirah, pada penulis itu adalah himpunan pemuda BN Malaysia bersama budak-budak sekolah yang diangkut dengan bas-bas yang bersusun di tepi jalan! hm,kalau tak diberi 3T(Topi,T-shirt,Tambang)tak mai! Ok lah tu kami faham,sapa yang nak support BN di IJOK sekarang ni? terpaksalah mengharapkan jentera luar.
Setelah tiba di Pejabat Keadilan Kuala Selangor,keadaan agak sesak.Sekitar 60 dari wakil setiap bahagian di Selangor telah tiba untuk Mesyuarat Perhubungan Negeri namun Tan Sri Khalid belum tiba memandangkan beliau masih bermesyuarat MPT di Kuala Lumpur.
Muka setiap yang hadir berseri-seri, udara kemenangan dapat dihirup dengan selesa.
Setelah mesyuarat dimulakan,beberapa pengarah diperkenalkan dan struktur operasi dan arahan diperkenalkan.
Turut kelihatan beberapa pimpinan Pusat yang hadir termasuk Dr. Lee Boon Chye,A.Ayyathurai,Tian Chua,Kapt (B) Usaili dll.
Perjalanan balik melalui jalan yang sama tidak banyak berubah,cuma yang menggembirakan telah mula kelihatan bendera KeADILan mula di pacak dirumah penduduk berbangsa Tionghwa dan terdapat sebuah rumah yang mengibarkan bendera Keadilan Nasional.Nampaknya PRK ini berjaya membakar semangat pejuang-pejuang lama.
Sampai disini dahulu kali ini.

Thursday, April 12, 2007
Rasuah Di Ijok Bermula

Tanggal 12 April petang Khamis (semalam) merupakan tarikh keramat bagi penduduk Dun Ijok kerana Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo baru menunaikan janji untuk turun ke kampung itu sejak menerajui negeri Selangor enam tahun lalu. Khir telah merasmikan pecah tanah penentuan arah kiblat di tapak masjid Ubudiah, di Taman Purnama, Rantau Panjang, Ijok jam 4.30 petang semalam.
Tinjauan mendapati beberapa orang pekerja kontrak sedang sibuk menurap tar di kawasan yang akan dibina masjid manakala jurutera pula sedang sibuk mengukur kawasan tersebut.
Kerusi Dun Ijok kosong berikutan kematian wakil rakyatnya K Sivalingam Rabu 4 April lalu di Chennai, India kerana sakit jantung.
PAS Selangor telah menyatakan sokongan kepada KeADILan yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya itu. Difahamkan antara calon popular KeADILan di kalangan masyarakat setempat ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beberapa isu kontroversi berkaitan salahguna kuasa dan rasuah membabitkan Khir dijangka akan menjadi tumpuan dalam kempen nanti. Lebih 10 laporan rasmi kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenainya dibuat oleh penulis Ahmad Lutfi Othman, pada akhir tahun 2001, namun tiada sebarang tindakan dimulakan ke atas Menteri Besar Selangor itu.Harakahdaily
Tinjauan mendapati beberapa orang pekerja kontrak sedang sibuk menurap tar di kawasan yang akan dibina masjid manakala jurutera pula sedang sibuk mengukur kawasan tersebut.
Kerusi Dun Ijok kosong berikutan kematian wakil rakyatnya K Sivalingam Rabu 4 April lalu di Chennai, India kerana sakit jantung.
PAS Selangor telah menyatakan sokongan kepada KeADILan yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya itu. Difahamkan antara calon popular KeADILan di kalangan masyarakat setempat ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beberapa isu kontroversi berkaitan salahguna kuasa dan rasuah membabitkan Khir dijangka akan menjadi tumpuan dalam kempen nanti. Lebih 10 laporan rasmi kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenainya dibuat oleh penulis Ahmad Lutfi Othman, pada akhir tahun 2001, namun tiada sebarang tindakan dimulakan ke atas Menteri Besar Selangor itu.HarakahdailyKemenangan di Machap

Parti DAP yang juga merupakan rakan dalam politik Parti KeADILan Rakyat telah berjaya di Machap.Walaupun calonnya tewas dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap namun terdapat banyak kejayaan disebalik kekalahan itu.
Yang pertama, DAP telah berjaya mengimbangi kekuatan jentera BN dan juga Jentera Kerajaan dari seluruh negara dengan bantuan daripada aktivis KeADILan dari beberapa negeri di seluruh negara.
Kedua,calon DAP ini merupakan calon sama yang tewas pada PRU 2004 telah berjaya mengurangkan hampir 500 undi majoriti calon BN dan menambah undinya dari 1285 undi pada PRU 2004 kepada 1452 undi kali ini.

Ketiga,dengan kehadiran Penasihat KeADILan, DS Anwar Ibrahim pada malam terakhir berkempen,ianya telah meyakinkan pengundi Melayu agar mengundi calon DAP bagi membawa suara rakyat menegur kepimpinan BN yang rakus.
Keempat,keputusan di Machap ini merupakan petanda awal sokongan pengundi kini sudah mula beralih kepada Barisan Rakyat.Ini kerana,kebanyakan penduduk Machap merupakan petani,pekebun & pekerja-pekerja ladang .Dalam keadaan mereka yang tidak merasai kesan terus akibat kenaikan tol,minyak dan pelbagai kezaliman BN pu, undi kepada Barisan Rakyat meningkat.Bayangkan jika ada lagi PRK yang melibatkan DUN di kawasan bandar!.
Monday, April 9, 2007
Ijok Medan Rakyat Tumpaskan BN

Kini segala persoalan sudah terjawab.Parti KeADILan Rakyat Negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Ijok.
Berikut merupakan petikan kenyataan Pengerusi BadanPerhubungan Negeri KeADILan Selangor.
Suara rakyat yang lantang mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan tuntutan-tuntutan agar pengendalian pilihanraya di Malaysia direformasi untuk memastikan ia benar-benar adil ternyata tidak dipedulikan oleh pemerintah dan SPR.rakyat. Parti Keadilan Rakyat beranggapan bahawa untuk memastikan reformasi pilihanraya berlaku dan pilihanraya dikendalikan dengan benar-benar adil dan bersih bagi menzahirkan suara dan kehendak rakyat, perubahan mesti dilakukan di peringkat pemerintahan negara dan negeri itu sendiri.Meskipun kita akan berhadapan dengan lapangan pertandingan yang tidak sama rata (uneven playing field), rakyat Malaysia tidak punya sebarang pilihan selain menghadapi segala kesukaran itu dengan tabah.Justeru keADILan akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang akan datang.
keADILan percaya pilihanraya kecil ini akan dimanfaatkan oleh rakyat untuk menzahirkan kehendak mereka terhadap kepemimpinan negeri Selangor yang bersih yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat dan menolak cara hidup korup pemimpin Barisan Nasional.Menteri Besar Selangor sekarang yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga telah memilih untuk meneruskan sifat-sifat korupsi dan kroni pentadbiran Negeri sebelum ini.keADILan percaya sokongan mantap rakyat akan dapat mengatasi sebarang tindakan penipuan pilihanraya yang akan dilakukan oleh BN dan juga SPR. Oleh yang demikian, keADILan memutuskan untuk menguji buat kesekian kalinya sikap BN dan SPR yang tidak teragak-agak sanggup menipu, mempermain-mainkan dan menindas rakyat.
keADILan percaya pilihanraya kecil ini akan dimanfaatkan oleh rakyat untuk menzahirkan kehendak mereka terhadap kepemimpinan negeri Selangor yang bersih yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat dan menolak cara hidup korup pemimpin Barisan Nasional.Menteri Besar Selangor sekarang yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga telah memilih untuk meneruskan sifat-sifat korupsi dan kroni pentadbiran Negeri sebelum ini.keADILan percaya sokongan mantap rakyat akan dapat mengatasi sebarang tindakan penipuan pilihanraya yang akan dilakukan oleh BN dan juga SPR. Oleh yang demikian, keADILan memutuskan untuk menguji buat kesekian kalinya sikap BN dan SPR yang tidak teragak-agak sanggup menipu, mempermain-mainkan dan menindas rakyat.Tan Sri Dato' Abdul Khalid IbrahimPengerusi Perhubungan keADILan Selangor
Thursday, April 5, 2007
IJOK: Nantikan Kejutan Barisan Rakyat
Berikutan kematian ADUN IJOK Datuk K. Sivalinggam,ramai pemerhati politik mula menelah keputusan yang bakal diambil oleh Barisan Pimpinan Barisan Rakyat Selangor yang terdiri daripada keADIlan dan PAS.Adakah keputusan memboikot Pilihanraya Kecil seperti di Batu Talam akan diteruskan ataupun keputusan untuk mengambil bahagian akan dicapai.

Ramai yang sedia maklum, Selangor mencatatkan penipuan yang terhebat pernah disaksikan dalam sejarah moden Malaysia pada Pilihanraya Umum 2004 yang lalu.dimana lebih 200 ribu pengundi berdaftar hilang saluran mengundi dan arahan melanjutkan tempoh pembuangan undi hingga jam 7 petang yang datang entah dari siapa.
ADUN IJOK tersebut juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Negeri, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sekecil 1600 undi dengan menewaskan calon KeADILan En. Abdul Rahman Moharam yang mendapat lebih 3000 undi.

Namun kebijaksanaan pimpinan Barisan Rakyat Negeri Selangor yang dikendalikan bersama oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dato' Dr Hj. Hassan Ali pastinya tidak lepas dari memikirkan pelbagai isu yang melanda Negeri Selangor sejak 2004 hingga ke hari ini sebagai peluang terbaik untuk rakyat Selangor meluahkan rasa di atas kerta-kertas undi.
Susunan masalah yang berjela-jela daripada perihal penipuan pilihanraya,kes setinggan-setinggan yang dizalimi,kes perobohan surau,kes mahligai Zakaria & Satay Housenya,Kenaikan harga tol,tarif elektrik,masalah jenayah tertinggi dalam negara dan laporan kes rasuah melibatkan pimpinan tertinggi Negeri Selangor pastinya lebih dari mencukupi untuk meruntun emosi rakyat & menarik imaginasi mereka untuk kembali menilai sokongan yang selama ini diberikan kepada Barisan Nasional.
Walau apa pun,Angkatan Muda Keadilan Selangor sentiasa siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.Membujur lalu Melintang Patah.Lawan Tetap Lawan!
ADUN Ijok:Takziah Dari AMK Selangor
Seluruh kepimpinan dan ahli-ahli Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Selangor mengucapkan takziah atas pemergian ADUN Ijok, Datuk K. Sivalinggam.
Adalah diharapkan agar seluruh keluarga beliau bersabar dan tenang menghadapi pemergian tersebut.
Adalah diharapkan agar seluruh keluarga beliau bersabar dan tenang menghadapi pemergian tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)