"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Thursday, April 12, 2007

Rasuah Di Ijok Bermula





Tanggal 12 April petang Khamis (semalam) merupakan tarikh keramat bagi penduduk Dun Ijok kerana Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo baru menunaikan janji untuk turun ke kampung itu sejak menerajui negeri Selangor enam tahun lalu. Khir telah merasmikan pecah tanah penentuan arah kiblat di tapak masjid Ubudiah, di Taman Purnama, Rantau Panjang, Ijok jam 4.30 petang semalam.
Tinjauan mendapati beberapa orang pekerja kontrak sedang sibuk menurap tar di kawasan yang akan dibina masjid manakala jurutera pula sedang sibuk mengukur kawasan tersebut.
Kerusi Dun Ijok kosong berikutan kematian wakil rakyatnya K Sivalingam Rabu 4 April lalu di Chennai, India kerana sakit jantung.
PAS Selangor telah menyatakan sokongan kepada KeADILan yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya itu. Difahamkan antara calon popular KeADILan di kalangan masyarakat setempat ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beberapa isu kontroversi berkaitan salahguna kuasa dan rasuah membabitkan Khir dijangka akan menjadi tumpuan dalam kempen nanti. Lebih 10 laporan rasmi kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenainya dibuat oleh penulis Ahmad Lutfi Othman, pada akhir tahun 2001, namun tiada sebarang tindakan dimulakan ke atas Menteri Besar Selangor itu.Harakahdaily

No comments: