kemenangan calon keADILan di Ijok Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.
"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"
Tuesday, April 24, 2007
Gambar Kempen DSAI di Ijok
Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah turun dan mula berkempen untuk
kemenangan calon keADILan di Ijok Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.
kemenangan calon keADILan di Ijok Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.
Monday, April 23, 2007
Nasib U.P.U Jaya Setia
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata lima puluh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) masuk Umno. Tidak dijelaskan dari kampung mana di Dun Ijok ini ahli-ahli AMK itu berasal. Bilik Gerakan Keadilan terpaksa dipindahkan, karena tuan tanah yang bekerja kerajaan diugut akan dipindahkan ke Sarawak kalau dia masih mengizinkan tanahnya digunakan jadi bilik gerakan kami.Tidak jauh daripada Bilik Gerakan Keadilan itu adalah Bilik Gerakan Umno. Ada dua. Dekat-dekat sahaja antara satu dengan lain. Menurut penduduk kampung, Umno Jaya Setia pecah sudah lama. Ada dua cawangan. Satu cawangan dikuasai ketua kampung, dan satu lagi adalah lawan kepada ketua kampung ~ yang dengarnya mahu jadi ketua kampung.Umno berpecah, dan Keadilan diugut. Kami tidak punya pilihan, dan bilik gerakkan kami berpindah kira-kira setengah batu daripada tapak lama.Dalam Pilihanraya lepas, Keadilan menang di Jaya Setia dengan lebih lima puluh undi. Umno-BN tahu, mereka perlu gempur kampung ini. Jentera Pemuda Umno diletakkan di sini dengan kekuatan luar biasa. Poster ditampal sebanyak-banyaknya.Pemuda kampung, masih ramai yang bersama Keadilan. Waktu bercakap dengan mereka, kata mereka, bukan soal duit mengapa mereka menyokong Keadilan.Malam kelmarin sahaja, ada usaha untuk membeli ahli Angkatan Muda Keadilan seramai empat belas orang dengan harga RM20 ribu. Kalau dibahagi-bahagi setiap seorang dapat sekitar lebih seribu ringgit. Ada seorang-dua yang termakan tawaran itu. Masih ramai yang bersama Keadilan."Khairy tidak akan dapat beli kita orang!" kata salah seorang yang saya temui malam tadi. Dia nampak terus bersemangat. Baru habis tampal poster. Azmi Mohd, ketua Keadilan kampung Jaya Setia membuat laporan polis semalam karena ada angkatan muda yang dipukul. Poster dan bendera turut dicantas namun Jaya Setia tetap bertahan. Sokongan dan simpati penduduk kampung dilihat meningkat.Semalam pagi, Khairy datang dengan kereta 4x4. warna hitam. Ketika lalu di hadapan Bilik Gerakan Keadilan, dia melaung, "jangan harap nak menang!"Kawan-kawan hendak membalas, tetapi kereta itu laju. Laju sangat-sangat.Saya meronda hampir setiap malam di banyak kampung. Bertemu dengan setiap yang termampu saya temui dan berbicara. Melihat dan membantu mereka menampal poster dan bendera. Beruntung Keadilan, karena, warna bendera lebih menonjol daripada warna bendera BN yang gelap.Khairy boleh melaung-melalak konon berpuluh ahli AMK masuk Umno, dan duit ditabur-tabur. Satu-dua memang akan terpesona (atau pura-pura terpesona dan mengambil wang), tetapi Khairy wajib menunggu sampai hari mengundi, bagi kita lihat, mana lebih berkuasa, antara wang, dan semangat orang kampung dan rakyat.Lima puluh AMK yang masuk Umno itu, hanya maya Khairy semata-mata...Catatan dari blog amanatparitsulong
Friday, April 20, 2007
Mesti Lihat: Gambar Pemuda Keadilan Mengganas!
Semua media arus perdana sejak dari malam Khamis lepas tidak henti-henti memainkan berita tentang kekecohan pada hari penamaan calon di Ijok.Kesemua tokoh dalam BN yang ditemuramah menyatakan bahawa kekecohan itu dimulakan akibat provokasi oleh pihak Angkatan Muda Keadilan.
Hishamuddin berkata Parti Keadilan Rakyat ketandusan isu dan menimbulkan ketegangan kerana mahu mendapat perhatian dan menyalahkan pihak polis jika ditangkap.
Khairy Jamaluddin pula menyelar pembangkang kerana tidak bersikap profesionla dan melakukan provokasi sedangkan pemuda BN bertenang serta menyabarkan penyokong mereka.
Berikut merupakan gambar Pemuda Keadilan yang sedang memprovokasi dan berperangai seperti beruk seperti yang dilaporkan.



Thursday, April 19, 2007
Siapa Salah: Fikir Dengan Terbuka

Hari ini hampir semua media arus perdana menyiarkan berita mengenai hari kekecohan pada hari penamaan calon di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai semalam.Sudah tentu akhbar-akhbar yang dikuasai BN ini menghentam pembangkang khusuny aParti Keadilan Rakyat sebagai pihak yang memulakan kejadian tersebut.
Blog ini ingin mengajak para pembaca sekalian berfikir dan menimbang secara terbuka dan akhirnya membuat keputusan sendiri tentang siapakah sebenarnya dalang kepada kekecohan tersebut.Fakta-fakta ini boleh dijadikan sebagai medium pertimbangan untuk perkara tersebut.

1) Kehadiran hampir 5 ribu penyokong BN yang terdiri dari parti-parti komponen berbanding sekitar 2 hingga 3 ribu penyokong Barisan Alternatif.
= Adakah masuk akal untuk penyokong B.A memulakan kekecohan jika dilihat pada angka ini?
2) Keghairahan BN untuk menang
=BN wajib menang di Ijok.Jika dilihat pada keputusan PRU yang lepas,BN memenangi kawasan ini.Justeru BN lebih terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Ijok ini berbanding KeADILan yang memang telah tewas pada PRU lepas.Memang adat orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja.
=BN wajib menang di Ijok.Jika dilihat pada keputusan PRU yang lepas,BN memenangi kawasan ini.Justeru BN lebih terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Ijok ini berbanding KeADILan yang memang telah tewas pada PRU lepas.Memang adat orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja.
3)Perbuatan Khairy Jamaluddin yang memprovokasi dengan cara mengejek dan menghalang perarakan calon Parti Keadilan Rakyat adalah tidak wajar & biadap.Rombongan perarakan keADILan telah disekat kira-kira 400 meter dari pusat penamaan calon dengan himpunan pemuda BN yang dikepalai oleh Khairy sendiri.
=Pasukan keselamatan dilihat sangat tidak professional dan lambat bertindak.Ini bukan pilihanraya pertama dalam Malaysia.Tidakkah pihak keselamatan dan SPR boleh membuat perkiraan dari sudut keselamatan?
4) Perihal Najib (TPM)
=Najib sedang lemas.Ratusan placard dan sepanduk menghiasi perarakan semalam memang mencemaskan.Isu komisen,Altantuya dan banyak lagi memang mendebarkan najib.Oleh itu,pertembungan ini semacam diatur untuk mengalih pandangan rakyat & melalaikan semua yang melihat isu-isu tersebut.
Nah,sekarang anda buatlah keputusan sendiri,siapa yang mulakan?
Tuesday, April 17, 2007
Rakyat Utara Yakin Dengan KeADILan.
Kehangatan dan kemeriahan Parti Keadilan Rakyat makin membara dan terasa.Beberapa siri lawatan DSAI ke bahagian utara semenanjung menunjukkan reaksi positif sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan parti.Di Pulau Langkawi,kemasukan lebih 600 ahli baru kebanyakannya bekas panglima UMNO Langkawi terasa meriah dan bakal disusuli hampir 2000 ahli lagi dalam masa yang terdekat.
Ceramah yang diadakah pada sebelah malam di Pulau yang kecil itu juga dibanjiri ribuan rakyat.
Ceramah yang diadakah pada sebelah malam di Pulau yang kecil itu juga dibanjiri ribuan rakyat.Biodata Calon KeADILan PRK Ijok 2007

Tarikh lahir: 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Batu 20, Kuala Selangor
Pendidikan Awal: Sekolah Melayu Jeram sekitar 1956 .
Kelayakan
Akademik: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Universiti Malaya)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Queensland) Australia.
Kelayakan
Professional: Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad
Ahli Lembaga Pengarah Sirim Berhad.
Penasihat Bank Pembangunan Islam Jeddah,
Fellow Institut Penyelidikan Strategik & Antarabangsa Malaysia (ISIS) Majlis Produktiviti Kebangsaan
Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan-
Persidangan Ekonomi Asia Pasific (APEC)
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad
Jawatan Politik: Bendahari Agung PKR
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor
Ketua Bahagian Kuala Selangor.
Mampukah M.I.C Tanpa Akar Umbi?

Keyataan perletakan jawatan & keluar parti Sdr S.P Thirumoorty selaku Ketua M.I.C Bahagian Kuala Selangor menggemparkan masyarakat India di kawasan tersebut.Lebih-lebih lagi apabila 35 ketua cawangan M.I.C termasuk 13 dari D.U.N Ijok diisytiharkan mengikut langkah beliau.Langkah itu disambut dengan kenyataan "dia boleh berambus..." oleh Presiden M.I.C sendiri, S.Samy Vellu.Nyata kekecewaan bekas ketua bahagian M.I.C itu yang tidak terpilih sebagai calon BN D.U.N Ijok kali ini tidak terbendung lagi sejak beliau gagal menewaskan mendiang Datuk K. Sivalinggam dalam pemilihan bahagian parti tersebut beberapa tahun lalu.
Dikalangan pemimpin pembangkang,perkembangan ini sememangnya dijangkakan dan jelaslah bahawa perjuangan pemimpin dalam parti-parti komponan BN hanyalah berkiblatkan jawatan semata-mata.Calon KeADILan bagi PRK D.U.N Ijok kali ini Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim berpendapat bahawa soal keluar masuk parti adalah hak indivudu kerana dalam politik perkara ini adalah biasa.Beliau juga menyatakan adalah bukan jalan yang tepat untuk menyeru agar kesemua bekas ahli M.I.C itu menyertai mana-mana parti kerana matlamat sebenar menyertai politik adalah berlandaskan prinsip politik yang baik, bukan emosi dan perasaan.
Walaubagaimanapun, ternyata peluang untuk rakyat menyedarkan Khir Toyo dari mimpinya semakin terbuka luas.Dengan perkembangan terbaru ini,M.I.C sudah kehilangan sekurang-kurangnya 30% undi masyarakat akar umbi kaum India di Ijok yang selama ini taat setia kepada BN.Oleh itu dengan kerja keras dan efektif,adalah sangat tidak mustahil bagi KeADILan memenangi PRK ini.
Dikalangan pemimpin pembangkang,perkembangan ini sememangnya dijangkakan dan jelaslah bahawa perjuangan pemimpin dalam parti-parti komponan BN hanyalah berkiblatkan jawatan semata-mata.Calon KeADILan bagi PRK D.U.N Ijok kali ini Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim berpendapat bahawa soal keluar masuk parti adalah hak indivudu kerana dalam politik perkara ini adalah biasa.Beliau juga menyatakan adalah bukan jalan yang tepat untuk menyeru agar kesemua bekas ahli M.I.C itu menyertai mana-mana parti kerana matlamat sebenar menyertai politik adalah berlandaskan prinsip politik yang baik, bukan emosi dan perasaan.
Walaubagaimanapun, ternyata peluang untuk rakyat menyedarkan Khir Toyo dari mimpinya semakin terbuka luas.Dengan perkembangan terbaru ini,M.I.C sudah kehilangan sekurang-kurangnya 30% undi masyarakat akar umbi kaum India di Ijok yang selama ini taat setia kepada BN.Oleh itu dengan kerja keras dan efektif,adalah sangat tidak mustahil bagi KeADILan memenangi PRK ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)




