Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor mendesak agar saranan Presiden KeADILan supaya suatu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan khas untuk menyiasat secara telus dakwaan yang dibuktikan oleh pihak KeADILan diambil serius oleh pihak yang terlibat.
Ini kerana ia melibatkan martabat dan maruah sistem kehakiman negara yang telah pun teruk dan terjejas semenjak kes pemecatan Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu.
Kini, pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu menunjukkan kredibiliti dan ketelusan setelah ia sekali lagi diwarnai dengan episod hitam, kali ini melalui bukti video tentang penyelewengan terbaru sistem kehakiman yang digelar "Video Skandal Ketua Hakim Negara Tun Fairuz".
Angkatan Muda Negeri Selangor juga mendesak supaya semua pihak yang terbabit tampil bagi menerangkan tentang letak perkara yang sebenar dan jangan berselindung disebalik kekuasaan.
"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"
Tuesday, September 25, 2007
Salam Ramadhan
Pihak Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor memohon maaf atas kegagalan mengemaskini blog ini sejak bulan Julai yang lepas.Ini adalah disebabkan oleh beberapa kegagalan sistem teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Namun mulai hari ini,laman blog ini akan berfungsi seperti biasa dan akan terus mengenegahkan isu-isu semasa yang panas dan fakta-fakta yang tepat untuk tatapan dan pertimbangan warga Selangor.
Namun mulai hari ini,laman blog ini akan berfungsi seperti biasa dan akan terus mengenegahkan isu-isu semasa yang panas dan fakta-fakta yang tepat untuk tatapan dan pertimbangan warga Selangor.
Thursday, July 12, 2007
KONVENSYEN BERSIH
Rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri satu konvensyen anjuran BERSIH.
Butiran adalah seperti di bawah:
Tempat: Chinese Assembly Hall, Jalan Kampung Atap, Kuala LumpurJam:
Bermula jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam
Tarikh: 20 Julai 2007
Tetamu Khas:
Tuan Guru Hadi
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Saudara Lim Guan Eng
Hadirin diminta bawa bersama Jalur Gemilang.
Untuk sebarang pertanyaan/maklum balas, sila hubungi:03-2692 5000 sambungan 302*Tolong hebahkan, terima kasih.

Presiden UMNO Juga Keluar Parti-Anwar

Ampang,7 Julai 2007-Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdananya yang diraikan lebih 4000 rakyat di Taman Ampang Indah di sini mengulas soal keluar-masuk parti yang pada waktu kini masih sibuk dijunjung oleh media-media arus perdana.
Beliau menyatakan soal keluar masuk parti adalah perkara biasa dalam politik dan rakyat sepatutnya tidak terlalu memikirkan persoalan tersebut sebaliknya terus menumpukan kepada agenda besar reformasi yang diterajui parti.
tambah beliau lagi ahli-ahli keADILan yang dikatakan keluar parti kebanyakannya adalah golongan kecewa dalam parti yang sudah lama mendiamkan diri tetapi tiba-tiba dijulang sebagai kononnya tulang belakang kepada pergerakan parti.
Beliau menambah dengan memberikan contoh di Pulau Pinang ,Bekas Ketua Bahagian Bukit Bendera yang telah kalah dalam pemilihan peringkat bahagian mengambil sikap meninggalkan parti dan mengheret bersama isterinya yang juga bekas Ketua Wanita Pulau Pinang untuk mengikuti jejaknya.Manakala di Kedah, bekas Ketua Penerangannya sudah diisytihar muflis oleh bank dan tidak layak memegang sebarang jawatan.
Menurutnya lagi, UMNO mesti melihat sejarah bahawa 3 orang bekas Presidennya termasuk pengasas UMNO sendiri meninggalkan parti lapuk itu kerana sedar perjuangan UMNO adalah sia-sia.Dato Onn Jaafar merupakan pengasas dan Presiden UMNO pertama kemudiannya menubuhkan Parti Negara dan menang di Terengganu dengan sokongan PAS ketika itu.Selain itu, Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj dan juga Tun Hussien Onn turut keluar UMNO dan berkempen dalam pilihanraya bagi menentang UMNO.
majlis ceramah tersebut turut diraikan oleh Dato Dr Zainal Abidin Ahmad selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Sdr Azmin Ali selaku Naib Presiden dan Pn Hjh Zuraida Kamaruddin selaku Ketua Wanita disamping beberapa ahli MPT dan AJK Keadilan serta PAS Kawasan Ampang.

Wednesday, June 27, 2007
Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat.
Yang mengejutkan ramai, ialah tuduhan yang dilemparkan beliau iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik diktator dan saudara Azmin Ali banyak mempengaruhi keputusan-keputusan penting parti dan DSAI sendiri.
Walaupun menghargai segala sumbangan dan menghormati keputusan beliau sebagai seorang warganegara yang bebas membuat keputusan, namun ramai yang masih berteka-teki dan mempertikaikan keputusan dan lemparan tuduhan itu.
Ezam meletakkan asas tuduhan beliau kepada realiti bahawa, walaupun Presiden PKR ialah Dr Wan Azizah, namun Anwar yang melakukan semua keputusan termasuk melantik MPT-MPT dan menentukan halatuju parti.Bagi saya sama ada pemikiran Saudara Ezam sudah dikelabukan atau beliau sengaja mencari helah dan alasan meninggalkan parti.Ramai sedia maklum bahawa keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua (De Facto) parti diambil secara konsensus setelah pihak R.O.S menafikan hak Anwar untuk bertanding secara demokratik jawatan Presiden dalam kongres yang berlangsung di Seremban tempoh hari.Hampir keseluruhan perwakilan bersetuju dengan pandangan seorang perwakilan lain iaitu Latheefa Koya (kini MPT dipilih) yang mengesyorkan jalan tengah kerana bimbang jika pemilihan diteruskan dan jika Anwar menang (99% kemungkinan Anwar akan menang) Parti Keadilan Rakyat akan dibatalkan oleh R.O.S yang diketahui berkiblatkan UMNO/BN.Dalam hal yang lain, Anwar mengesahkan memang beliau ada menghubungi beberapa pimpinan AMK Pusat dengan tujuan menasihati anak-anak muda ini berkenaan soalan pemilihan.Menjawab terus persoalan yang sama dalam sidang media selesai Kongres tersebut Anwar dipetik sebagai berkata
" ...saya tidak campur tangan, ini soal demokrasi.Saya hanya memberi nasihat dan terpulang kepada mereka sendiri.Jika tidak mahu menerima nasihat saya mengapa angkat saya sebagai penasihat?"
" ...saya tidak campur tangan, ini soal demokrasi.Saya hanya memberi nasihat dan terpulang kepada mereka sendiri.Jika tidak mahu menerima nasihat saya mengapa angkat saya sebagai penasihat?"Nah, jadi di mana politik diktator Anwar? Anwar boleh sahaja senang-senang menerima undangan antarabangsa jika ingin hidup mewah lantaran kredibiliti dan wibawa beliau.Saudara Ezam tidak mungkin lupa kerana saudar Ezamlah yang kemaruk berkeliling seluruh negara menjunjung ceramah mengenai Wibawa Anwar.Saya masih mempunyai salinan VCD ceramah tersebut di Kelantan.Namun kini Anwar komited dan buktinya keseluruhan mesyuarat MPT dipengerusikan beliau sendiri.Inilah komitmen Anwar.
Jika masalah Ezam dengan Azmin yang menjadi punca beliau meninggalkan parti, maka ini adalah perkara yang wajar kerana jika Ezam tak mampu menghadapi dan melawan politik Azmin bagaimanalah Ezam ingin menangani politik UMNO dan BN.Ezam sangat tidak senang dengan karenah politik Azmin yang dikatakan selalu
mendampingi Anwar dan mempengaruhi keputusan-keputusan beliau.Ezam juga diketahui meminta Dato Seri Anwar berbuat sesuatu namun menurut sumber, tiada apa yang tidak kena dengan Azmin kerana jika beliau diminta melaksanakan sesuatu oleh Anwar, Azmin dikatakan selalu "performed well".
mendampingi Anwar dan mempengaruhi keputusan-keputusan beliau.Ezam juga diketahui meminta Dato Seri Anwar berbuat sesuatu namun menurut sumber, tiada apa yang tidak kena dengan Azmin kerana jika beliau diminta melaksanakan sesuatu oleh Anwar, Azmin dikatakan selalu "performed well".Apapun yang berlaku bolehlah diibaratkan sebagai ulang tayang filem pilihanraya.Situasi sama selalu menimpa pimpinan muda Keadilan dari PRU 10 hingga PRU 12 kini.Inilah hakikat sebuah parti yang masih muda dalam arena politik tanah air.Mungkin selepas PRU 12 nanti jika PKR dan B.A berjaya menawan beberapa negeri barulah terbuka luas biji mata mereka yang iri hati.
Akhir sekali komen dari DSAI sendiri,
"Tidak dinafikan bahawa saya punyai kelemahan dan keterbatasan. Ada anggapan bahawa dengan kehadiran saya secara berdepan dalam persada politik tanahair, semua kekusutan dan kemelut dapat dileraikan - samada politik, perniagaan atau kewangan. Sesungguhnya ribuan yang bekorban dan berjasa kepada saya, keluarga dan perjuangan. Semuannya berhak membuat tuntutan dan seringkali ada pula yang berbentuk ugutan. Saya tetap bersyukur kerana puluhan ribu lainnya tidak meraih sesuatu selain kesetiaan kepada perjuangan.Malah sepertimana dimaklumi saudara/i, saya tidak menjawab secara terbuka kritikan teman-teman. Memadai untuk ditegaskan bahawa segala ikhtiar yang mungkin telah diusahakan dan sebarang ikhtiar lainnya tanpa mengurbankan prinsip akan terus diusahakan. Namun kita jangan asyik mengelamun. Kerja dan program perlu terus ditingkatkan.

Ezam dan Ezam lagi...
"Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan prinsip politik diktator dan Azmin Ali terlalu berkuasa menentukan halatuju parti dan mempengaruhi keputusan pimpinan"
Itulah antara sebab dan alasan yang terpacul keluar dari mulut mantan Ketua Pemuda Keadilan ,Ezam Mohd Nor tatkala mengumumkan keluar parti keramat ini.
Untuk apa tujuan sekalipun beliau bercakap sedemikian tidaklah kita ketahui.Namun yang diketahui umum ialah mengenai kedangkalan kenyataan tersebut.Setelah meneliti banyak fakta dan auta rakan-rakan, disini saya himpunkan beberapa petikan menarik untuk penelitian semua.
"Ezam ialah seorang pengkhianat kepada perjuangan ini.Beliau pernah komited tetapi kini berpaling tadah menghentam pimpinan parti seolah-olah beliau mewakili suara UMNO/BN"
Samsul Iskandar (Ketua AMK Pusat)
"Seharusnya Ezam mengambil jalan penyelesaian dalaman jika ingin menjalankan reformasi dalam parti dan jika bermasalah dengan Naib Presiden Azmin,bukan keluar dan menghentam parti."
Jonah (Naib Ketua AMK Pusat)
"Ini petanda sebelum Pilihanraya Umum,sejarah membuktikan dari PRU 1999 hingga PRU 2004. Dari Zahid Mat Arip hingga Ruslan Kassim dan kini Ezam Mohd Nor"
Cikgu Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK Pusat)
"Ezam mencari publisiti murahan.Siapa saya untuk mempengaruhi Dato Seri? Beliau tokoh besar di peringkat antarabangsa"
Azmin Ali (Naib Presiden)
"Ezam Cuba lemahkan keADILan"
Ahmad Zaki Yamani (Setiausaha AMK Pusat)

Sunday, June 24, 2007
Bukti Keadilan Makin Kukuh
Kebelakangan ini media arus perdana sangat aktif menyiarkan berita berkaitan PKR di dada akhbar mereka.Sebagaimana yang kita maklum, berita yang disiarkan mereka hanyalah untuk menggambarkan keADILan dengan seburuk-buruk wajah.Di sana sini pimpinan mengisytihar keluar parti kononnya wujud budaya politik tidak sihat dalam parti dan pelbagai tohmahan liar yang lain.Di Kedah terutamanya dikhabarkan ramai yang keluar parti dan terbaru bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor juga keluar parti.(saya akan ulas dalam tulisan yang lain).Ini tidak lain bertujuan melemahkan semangat pejuang-pejuang parti dan malang kepada mereka yang termakan tohmah itu dengan senang sahaja melupakan perjuangan dan jerih perih selama lebih 9 tahun (atau 8 bulan!? huh!!) dalam perjuangan.
Terbaru,KeADILan menerima penyertaan bekas Ketua Wanita MCA Pulau Pinang dan EXCO Pusat Wanita MCA selama 15 tahun, Puan Chin Fei Lan menyertai parti dalam kawasan Permatang Tinggi.

Mungkin inilah yang menyebabkan kita masih belum beroleh kemenangan.Justeru yang bakal menyusul dalam masa terdekat ini akan saya rakamkan peringatan As Syahid Syed Qutb tentang 7 sebab mengapa perjuangan menegakkan yang hak itu lambat mencapai kemenangan.
Tapi disini saya mengumpulkan fakta dan bukti yang menunjukkan betapa parti keramat Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja masih bernyawa tapi degup nadinya bertambah kencang dan deras bersedia pada bila-bila masa untuk menjulang kibaran panji kemenangan.

Terbaru,KeADILan menerima penyertaan bekas Ketua Wanita MCA Pulau Pinang dan EXCO Pusat Wanita MCA selama 15 tahun, Puan Chin Fei Lan menyertai parti dalam kawasan Permatang Tinggi.Sebelum itu lebih 1800 bekas ahli UMNO di Kota Bharu dari DUN Tanjong Mas,Bunut Payong dan Kota Lama menyerahkan borang menyertai KeADILan kepada Ketua Parti, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Di Kuala Krai pula kira-kira 1000 ahli UMNO yang menyedari kepincangan parti tersebut berpindah menyertai keADILan disusuli lebih 200 ahli baru di Ketereh dalam majlis yang turut diraikan oleh Menteri Besar Kelantan.

Manakala Pulau Lagenda, Langkawi bakal menyaksikan perubahan ketara apabila pulau kecil itu menerima kemasukan lebih 600 hulubalang UMNO pada 12 April lalu..
Fakta di atas cuma segelintir sahaja tetapi lihatlah, Parti Keadilan Rakyat menerima lebih 4000 ahli baru dalam masa kurang 6 bulan tahun ini dan angka-angka ini dijangka bertambah melihat kepada perkembangan terkini di Pulau Pinang dan Sabah.

Untuk makluman, KeADILan Sabah kini dalam usaha keras menambahkan ahli parti setelah menerima kemasukan secara besar-besaran hampir 18 ribu ahli pada Oktober lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)