"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Sunday, June 24, 2007

Bukti Keadilan Makin Kukuh




Kebelakangan ini media arus perdana sangat aktif menyiarkan berita berkaitan PKR di dada akhbar mereka.Sebagaimana yang kita maklum, berita yang disiarkan mereka hanyalah untuk menggambarkan keADILan dengan seburuk-buruk wajah.Di sana sini pimpinan mengisytihar keluar parti kononnya wujud budaya politik tidak sihat dalam parti dan pelbagai tohmahan liar yang lain.Di Kedah terutamanya dikhabarkan ramai yang keluar parti dan terbaru bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor juga keluar parti.(saya akan ulas dalam tulisan yang lain).Ini tidak lain bertujuan melemahkan semangat pejuang-pejuang parti dan malang kepada mereka yang termakan tohmah itu dengan senang sahaja melupakan perjuangan dan jerih perih selama lebih 9 tahun (atau 8 bulan!? huh!!) dalam perjuangan.

Mungkin inilah yang menyebabkan kita masih belum beroleh kemenangan.Justeru yang bakal menyusul dalam masa terdekat ini akan saya rakamkan peringatan As Syahid Syed Qutb tentang 7 sebab mengapa perjuangan menegakkan yang hak itu lambat mencapai kemenangan.


Tapi disini saya mengumpulkan fakta dan bukti yang menunjukkan betapa parti keramat Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja masih bernyawa tapi degup nadinya bertambah kencang dan deras bersedia pada bila-bila masa untuk menjulang kibaran panji kemenangan.

Terbaru,KeADILan menerima penyertaan bekas Ketua Wanita MCA Pulau Pinang dan EXCO Pusat Wanita MCA selama 15 tahun, Puan Chin Fei Lan menyertai parti dalam kawasan Permatang Tinggi.


Sebelum itu lebih 1800 bekas ahli UMNO di Kota Bharu dari DUN Tanjong Mas,Bunut Payong dan Kota Lama menyerahkan borang menyertai KeADILan kepada Ketua Parti, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Di Kuala Krai pula kira-kira 1000 ahli UMNO yang menyedari kepincangan parti tersebut berpindah menyertai keADILan disusuli lebih 200 ahli baru di Ketereh dalam majlis yang turut diraikan oleh Menteri Besar Kelantan.

Manakala Pulau Lagenda, Langkawi bakal menyaksikan perubahan ketara apabila pulau kecil itu menerima kemasukan lebih 600 hulubalang UMNO pada 12 April lalu..

Fakta di atas cuma segelintir sahaja tetapi lihatlah, Parti Keadilan Rakyat menerima lebih 4000 ahli baru dalam masa kurang 6 bulan tahun ini dan angka-angka ini dijangka bertambah melihat kepada perkembangan terkini di Pulau Pinang dan Sabah.

Untuk makluman, KeADILan Sabah kini dalam usaha keras menambahkan ahli parti setelah menerima kemasukan secara besar-besaran hampir 18 ribu ahli pada Oktober lepas.

No comments: