Di Selangor,Dewan Undangan Negerinya walaupun mempunyai 2 orang wakil pembangkang dari 56 kerusi ahli dewan tetapi hakikatnya cuma seorang sahaja yang dibenar hadir. ADUN Sekinchan Sdr Ng Suee Lim adalah wakil tunggal pembangkang (DAP) di DUN Selangor.Ketua Pembangkang Sdr Teng Chang Khim yang memenangi kerusi DUN Sg. Pinang kini digantung dari dewan,malah ditarik elaun wakil rakyatnya. Dewan kononnya menunggu Teng memohon maaf kerana sikapnya bertindak membuang buku peraturan dewan semasa perbahasan, jika tidak penggantungannya kekal sehingga tamat tempoh dewan.
Itulah keadilan kerajaan BN yang mendominsasi DUN Selangor di bawah Khir Toyo (tindakan seumpama ini tidak pernah diambil oleh mana-mana dewan di Malaysia atau Dewan Rakyat termasuklah badan perundangan di negara-negara komanwel).Kerana itu apabila dewan bersidang semalam tinggalllah Sdr Ng seorang berhadapan dengan 54 ADUN BN Selangor yang diketuai MB nya.Apa yang menarik perhatian dalam persidangan dewan semalam apabila Sdr Ng menyatakan bahawa menurut pemerhatiannya dalam sidang dewan yang lepas 9 ADUN BN Selangor iaitu 5 dari Umno, 3 dari MCA dan 1 dari MIC tidak langsung mengemukakan sebarang persoalan dalam dewan samada bertulis ataupun lisan.Menurut Ng sikap pasif wakil-wakil BN ini adalah satu contoh yang tidak baik kepada rakyat dan tidak selari dengan konsep kepimpinan melalui teladan yang dijuarai oleh BN.Bermakna mereka seolah membayangkan yang rakyat di kawasan mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk dikemukakan ke dewan. Adakah benar demikian? Atau adakah mereka ini jenis yang memang makan gaji buta?Pendedahan Sdr Ng ini seharusnya membuka mata rakyat Selangor akan peranan wakil-wakil samada ADUN atau wakil Parlimen mereka. Jika ADUN dan wakil Parlimen tidak tahu atau mampu berperanan sebagai wakil rakyat, maka sudah tibalah masanya bagi para pengundi untuk menolak mereka dan parti yang mereka wakili.Lihat sahaja ADUN Sg Pinang Sdr Teng yang walaupun digantung keahliannya serta disekat elaunnya, namun terus menjalankan tugasnya atas dasar menghormati mandat yang telah diberi oleh rakyat kepadanya.Fikir-fikirlah secara mendalam, dan apabila tiba masnya nanti marilah kita semua dengan berani dan penuh rasa bertanggungjawab membuat perubahan ke arah kebaikan dan kesejahteraan negeri bertuah ini. Mari kita naikkan mereka yang layak, jujur, bersih dan benar-benar bersedia menjadi wakil kita dalam pilihnaraya umum ke 12 nanti.
"TAWAN SELANGOR 2007"
Tuesday, March 20, 2007
Thursday, March 8, 2007
cerita penuh kg berembang-tian chua ditahan
dari keadilanrakyat.org
Khamis, 08 Mac 2007
MK - Mar 8, 07 12:47pm Ketua Penerangan Parti Rakyat Keadilan (PKR), Tian Chua hari ini dikenakan perintah tahanan reman selama dua hari berhubung siasatan tuduhan cubaan membunuh. Majistret Mahkamah Ampang, Nurul Husna Awang membenarkan tahanan reman terhadap Tian yang ditahan semalam kerana didakwa memandu kereta Toyota Camry miliknya merempuh sekatan dan hampir melanggar seorang lelaki di Kampung Berembang, Ampang. “Beliau dikatakan telah memandu keretanya dan melanggar pagar, dan hampir mencederakan seseorang yang berada di belakang pagar itu,” kata peguam Chua, Amer Hamzah di luar Mahkamah Mahkamah Majistret Ampang. Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 11.40 pagi. Pemuda turut ditahan remanKetua Polis Ampang Jaya, ACP Amer Awal memberitahu wartawan semalam bahawa pengadu, seorang pekerja syarikat pemaju, terselamata tanpa sebarang kecederaan selepas melompat dari situ. Pekerja itu membuat laporan polis terhadap Chua, yang kemudiannya ditangkap. Chua disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 10 hingga 20 tahun penjara jika didapati bersalah.
Polis turut mendapatkan perintahan reman yang sama terhadap seorang penduduk Kampung Berembang yang berusia 24 tahun. Menurut Amer, pemuda itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalangkan kakitangan kerajaan menjalankan tugas mereka, yang boleh dihukum denda sehingga RM1,000 dan sehingga tiga bulan penjara atau kedua-duanya. Katanya, pemuda itu juga didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana “tindakan menghina” yang boleh dihukum denda sehingga RM100. Ada kepentingan
Amer berkata, kedua-duanya ditahan semalaman oleh polis dan tempoh itu, menurutnya, sudah mencukupi untuk menjalankan siasatan jika ia dijalankan dengan baik. Peguam Latheefa Koya yang mewakili Chua berkata, salah satu alasan polis untuk menahan reman Chua ialah Chua diperlukan untuk kawat cam bagi menentukan beliau yang memandu kereta itu sewaktu kejadian tersebut. “Ini menunjukkan pihak polis telah membuat tangkapan sebelum siasatan dijalankan [...] ini bermakna polis tidak tahu siapakah yang dimaksudkan oleh (orang yang membuat laporan polis terhadap Chua). “Tindakan polis (menahan Chua) itu adalah bias dan menyebelahi pihak pemaju,” kata Latheefa, sambil menambah, pemaju tersebut mempunyai kepentingan dan itulah sebabnya Chua mesti ditahan. Chua berada di Kampung Berembang untuk memberi sokongan kepada para penduduk yang enggan berpindah dari rumah mereka kerana mendakwa tidak diberi layanan yang adil oleh pihak pemaju dan pemilik tanah tersebut.
Penyokong berkumpulKedua-dua peguam tersebut kini dalam proses mendapatkan laporan polis terhadap pelanggan mereka itu. Kira-kira 50 penyokong berkumpul di Mahkamah Majistret Ampang hari ini dengan membawa poster yang menuntut supaya Chua dibebaskan. Pihak polis bagaimanapun sempat membawa keluar Chua dan pemuda tersebut tanpa disedari oleh para jurugambar media. Manakala penyokong dan ahli PKR juga berkumpul di balai polis Ampang Jaya malam tadi, tempat Chua ditahan.
100 orang berkumpul di depan balai Ampang Jaya
MK - Muda Mohd Noor Mar 8, 07 12:35pm
Kira-kira 100 penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam tadi kerana membantah penahanan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.Mereka termasuk Ketua Penerangan PKR Selangor, Abdul Razak Ismail; Ketua PKR bahagian Bukit Bintang, Puspa Lingam dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvam. Mereka menyalakan lilin dan melaungkan `Reformasi’ mulai jam 9.30 malam hingga 11 malam tadi. Tian Chua dan lima orang lagi, termasuk tiga penduduk Kampung Berembang, ditahan ketika cuba menghalang pihak pemaju daripada merobohkan rumah di kawasan tersebut. Mreka dibawa ke balai polis Ulu Klang di Taman Sri Keramat dan ke balai polis Ampang Jaya di Taman Dagang. Ketika ditemui, Puspa berkata, mereka berhimpun kerana membantah tindakan polis menahan Tian Chua yang didakwanya dibuat secara tidak adil. “Kami cuba mendapatkan maklumat dari pihak polis mengenai penahanan tersebut tetapi polis enggan bekerjasama,” katanya. Laporan polis Sebelum itu, Abdul Razak membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Balai Ampang Jaya, Cif Inspektor Marlindo Mohamad dan enam atau tujuh anggota polis lain kerana menyebabkan kecederaan ke atas beliau semasa kejadian di Kampung Berembang. . Dalam laporan tersebut, Abdul Razak berkata, pipi kirinya bengkak, kedua pergelangan dan sikunya luka kerana gari yang terlalu ketat dan dihimpit dengan tangan bergari ke belakang. “Tulang rusuk saya begitu sakit kerana ditendang oleh seorang anggota polis, badan sakit kerana ditindih oleh lima tau enam anggota polis, bibir pecah dan berdarah kerana disepak oleh seorang anggota polis,” katanya. Abdul Razak berkata, beliau cuba menghalang kira-kira 30 hingga 40 pekerja pemaju tersebut yang sedang merobohkan rumah penduduk dan mengasari beberapa penduduk. “Tiga anggota polis memakai jaket kuning telah menolak saya ke tanah dan selepas itu enam atau tujuh anggota polis lain memijak dan menindih dengan begitu kasar,” katanya. Abdul Razak mendakwa, salah seorang anggota polis terbabit menyepak rusuk dan memijak pipi dan tengkuknya, ketika tangannya digari dari belakang. Katanya, beliau diseret oleh lima atau enam anggota polis dan membiarkan beliau berjemur di tengah panas di tepi jalan masuk ke Kampung Berembang. Menurutnya, tidak berapa lama selepas itu beliau telah dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil kenyataan sebelum dibebaskan.
Akhirnya penduduk Kg Berembang tewas...
MK - Yoges Palaniappan Mar 7, 07 7:09pm
Selepas empat bulan bertungkus lumus mempertahankan rumah mereka, akhirnya penduduk Kampung Berembang di Ampang tewas juga hari ini kepada tekanan pihak berkuasa tempatan dan pemaju. Hari ini, pihak pemaju berjaya merobohkan semua rumah di kampung tersebut yang wujud sejak 30 tahun yang lalu. Pemaju dengan bantuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), akhir membersihkan kawasan itu – yang terletak kurang 10km dari Menara Berkembar – yang sebelum ini didiami oleh kira-kira 470 penduduk. Operasi tersebut bermula jam 8 pagi dan dijalankan oleh pemaju swasta dengan arahan Acmar International, sebuah syarikat tersenarai di bawah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), pemilik tanah tersebut. Mereka yang menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di situ dibantu oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Penduduk, bersama para aktivis daripada kumpulan sokongan akar umbi, Jerit dan gerakan pelajar, Dema, berkumpul di luar rumah untuk menghalangnya daripada dirobohkan. Sepasukan kira-kira 90 anggota polis dan 69 anggota FRU mengawal di situ untuk membolehkan pemaju merobohkan rumah-rumah yang merupakan baki yang belum dirobohkan dalam operasi Isnin lalu. Operasi itu terhenti usementara selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan bagi pihak penduduk terbabit. Semalam, rundingan antara pemaju dan penduduk dibatalkan atas arahan kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini, kerja merobohkan rumah terbabit dijalankan oleh MPAJ dengan bantuan Rela, polis dan FRU sebanyak empat kali – pada 17, 20, 39 November dan terbaru Isnin lalu – tetapi gagal untuk membersihkan keseluruhan kawasan terbabit. Arahan mahkamah Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan berkata, tindakan merobohkan rumah terbabit membuktikan penyalahguna kuasa oleh pihak berkuasa. “Kita mendapat dua injunksi berasingan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menentukan masa depan tanah tersebut. Injunksi sebelah pihak itu akan didengar pada 14 Mac ini manakala injunksi sementara akan didengar pada 27 Mei. Sehingga itu, tiada siapa pun yang berhak merobohkan rumah di kampung tersebut. “Dan di sini, kita telah menyaksikan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang membantu pemaju menghalau penduduk dari rumah mereka tanpa menghormati injunksi tersebut,” tambahnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang juga peguam yang mewakili penduduk terbabit, berkata injunksi tersebut hanya memberi kuasa kepada pemaju untuk menghalang penduduk setinggan membina rumah baru di kawasan itu, dan bukannya untuk merobohkan rumah yang sedia ada. Enam ditahan Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Amer Awal, polis hadir di kawasan itu untuk menjaga keamanan selepas menerima satu laporan daripada PNSB. Turut berada di situ ialah Pengerusi Acmar International yang juga bekas Adun Morib, Datuk Samad Maharuddin. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerja-kerja merobohkan rumah di situ dan sekadar berkata, beliau berada di situ untuk memantau keadaan. Enam orang ditahan hari ini dan dua orang lagi cedera ketika pergelutan berlaku antara penduduk setinggan dengan anggota pihak berkuasa. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dan lima orang lagi, termasuk tiga orang penduduk, ditahan ketika cuba menghalang tindakan pemaju merobohkan rumah di kawasan itu pagi ini. Mereka dibawa ke balai polis Ulu Klang di Taman Sri Keramat dan ke balai polis Ampang di Taman Dagang. Menurut kenyataan PKR, mereka mungkin ditahan malam ini dan dihadapkan ke mahkamah pagi esok.
© Parti KeADILan Rakyat 2004-2006Unit IT, Biro Penerangan, Parti Keadilan Rakyat
Tuesday, March 6, 2007
program sdr anwar
jumaat beliau akan mengakan ceramah di pekan, pahang. venue akan diberitahu kemudian.
Pidato Solidariti Kedaulatan Palestin – Iran – Iraq
Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.30 petang 10 Mac 2007 (Sabtu)
Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya, Selangor
Pidato Solidariti Kedaulatan Palestin – Iran – Iraq
Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.30 petang 10 Mac 2007 (Sabtu)
Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya, Selangor
Tragedi Berembang Berulang
Ampang-Tragedi sedih akhir tahun lalu yang melanda sebuah perkampungan Melayu di pinggir Bandaraya berulang lagi.Kejadian itu mengakibatkan lebih 50 buah keluarga Melayu/Islam kehilangan tempat berteduh yang telah mereka duduki selama lebih 40 tahun.
Pada 5 mac lalu sekali lagi Kampung tersebut iaitu Kg Berembang yang terletak dalam kawasan Parlimen Ampang menerima kunjungan ganas tetamu yang tidak di undang ke kampung mereka buat kali yang ke empat sejak November lepas.
Menurut maklumat yang diterima, pihak pemaju telah mendapatkan injunksi ex-parte yang digunakan sebagai justifikasi kepada tindakan mereka merobohkan rumah penduduk di situ.Pasukan RELA juga telah digunakan oleh pihak pemaju disamping itu beberapa watak yang disyaki gengster upahan turut kelihatan dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.
Dalam operasi ganas pada pagi 5 Mac lalu,perobohan haram telah dijalankan pihak pemaju bersama pasukan RELA,Gangster upahan dan beberapa ekor anjimg untuk menakutkan wanita & kanak-kanak kampung tersebut yang cuba mempertahankan pondok teduhan mereka.Pasukan RELA telah bertindak biadap dengan mencampakkan harta benda yang ada dalam rumah penduduk sebulum mereka merobohkan kepingan-kepingan kayu dan atap yang dijadikan rumah tempat tinggal penduduk disitu tanpa perasaan simpati.
Akhirnya setelah mendapat tentangan padu penduduk kampung dan aktivis-aktivis masyarakat,pasukan RELA dan pemaju berjaya diusir keluar kira-kira jam 530 petang.Tetapi kini penduduk kampung dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Segala bantuan dan pertanyaan boleh diajukan kepada;
ALIZAN 0193586234 (Setiausaha Persatuan Penduduk Kg. Berembang)
Demikianlah rentetan peristiwa sedih yang melanda orang Melayu dalam negeri dan negara yang diperintah oleh orang Melayu sendiri.Bukti nyata UMNO membela bangsa,agama dan negara.

Monday, March 5, 2007
kg berembang... mahkamah dihina lagi
lanun2 telah menjarah kg berembang lagi. kali ini bukan oleh mpaj, tetapi oleh RELA dan polis.
sesiapa yang ada maklumat lanjut dan gambar, tolong emailkan kepada ams.keadilanrakyat@gmail.com
sesiapa yang ada maklumat lanjut dan gambar, tolong emailkan kepada ams.keadilanrakyat@gmail.com
forum tentang modul hubungan antara etnik
Youth for Change (Y4C), Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section and Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) will be co-organizing a series of forums on Ethnic Relations Module which released recently. The purpose of the Alternative Course is to create a platform to encourage the public particular the young people to engage in the discussion.
Alternative Course on Ethnic Relationship Module comprises of four forums. Each forum will invite prominent academicians, experts, public intellectuals, representatives from civil society, youth and students leaders to share their views and comments on the Module.
The first forum details are as following:
Topic : “How Far the Ethnic Relationship Module Can Realize a Harmony Society?
Date : 6 March 2007 (Tuesday)
Time : 8pm-10pm
Venue: Auditorium, Selangor Chinese Assembly Hall (SCAH)
Panel :
1)Prof Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin
(Chief Coordinator of the Ethnic Relations Module, Director of UKM’s Institute of the Malay World
and Civilisation and Institute of Occidental Studies)
2)Dr.Syed Husin Ali
(Vice President of Parti Keadilan Rakyat, Former Professor in Socialogy & Antropology School, UM)
Feel free to contact Chua Yee Ling 012-7355025 or Lee Khai Loon 013-3970519 for further information.

Saturday, March 3, 2007
salam perkenalan pertama!
selamat datang semua!
angkatan muda keadilan selangor melangkah setapak lagi dengan wujud di alam maya. menyedari bertapa aktiviti ams telah diblackout oleh media perdana, maka dirasakan perlu untuk mewujudkan satu cara agar rakyat dapat mengikuti dan bersama-sama dalam arus perjuangan ini.
dalam ruangan ini, ams akan mencatat dan melaporkan aktiviti yang telah dan akan dijalankan. selain itu, berita-berita terbaru dari sumber yang rasmi akan dimuatkan dalam blog ini.
para bloggers juga dialu-alukan menghantar artikel, komen, atau maklumat terbaru untuk kita berkongsi bersama. diharap blog ini akan menjadi platfom dan media untuk mengukuhkan gerakan reformasi dan menegakkan keadilan di Malaysia tercinta
reformasi!

Subscribe to:
Posts (Atom)