Detik hitam sejarah pentadbiran negara di bawah rejim BN memulakan babak barunya hari ini apabila puluhan rakyat yang terdiri daripada aktivis politik, peguam dan orang awam ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Ketakutan pemerintahan Abdullah Badawi kini berada di kemuncaknya setelah beliau merasa tercabar apabila gelombang kebangkitan rakyat dalam menuntut hak mereka mula dirasai.
Bermula dengan himpunan lebih 132,000 rakyat menuntut pilihanraya bersih dan diikuti oleh himpunan 30,000 penyokong HINDRAF serta perarakan anjuran "Lawyers for Rights of Assembly' , rakyat sudah mulai sedar akan hak mereka yang dirompak serta dinafikan oleh pemerintah kejam yang ingin terus berkuasa. Walaupun media arus perdana rancak memainkan sentimen perkauman dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang palsu dan penuh pembohongan, namun kebijaksanaan rakyat sudah terbukti.
Menyedari hakikat ini, kerajaan tiada pilihan lain selain daripada memperkudakan undang-undang dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada rakyat.
Angkatan Muda Keadilan Selangor mengutuk sekeras-kerasnya dan menganggap penahanan ini sebagai pelanggaran kepada hak asasi manusia.Ini juga menunjukkan sikap pengecut Kerajaan dalam menangani protes rakyat setelah gagal menjawab pelbagai isu yang timbul.Awas, suara rakyat suara keramat.Masa untuk pemerintahan zalim BN sudah sampai ke penghujungnya.Jika benar Pak Lah sudah bersedia dan yakin dengan sokongan rakyat kepada BN, kami cabar pilihanraya diadakan segera.
Penahanan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan termasuklah Latheefa Koya, Sivarasa Rasiah (kedua-duanya peguam), N.Gobalakrishnan dan Tian Chua tidak sekali-kali melemahkan dan menakutkan kami.Rakyat akan terus bangun menentang kezaliman. Ini jelas menunjukkan "Operasi Lalang 2" sedang dilaksanakan oleh Kerajaan penakut ini untuk menutup segala teguran dan bangkangan terhadap pemerintahan mereka.
6 comments:
tahniah...jgn leka dan teruskan usaha...tarik pelapis..gerakkan sayap wanita..banyakkan bersama masyarakat...Abu(Aku bukan Umno)
nizam_wmy2005@yahoo.com
camner blog tak update ni, meh sini aku update kan..AMK selangor kena aktif beb..
bro, pls private msg once u get this msg. hot_diver7@yahoo.com.
Semua jadual kursus untuk peningkatan kefahaman dan teknikal yang dianjurkan bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di negeri-negeri yang di kuasai oleh BA ditangguhkan.
Menurut sumber-sumber Ibupejabat PKK Putera Jaya, penanguhan ini adalah atas arahan KSU Kemeterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sementara itu menurut sumber PKKM Negeri Selangor penangguhan jadual kursus tersebut bagi membolehkan kajian semula dibuat dan Menterinya YB Dato' Noh Omar dijangkakan memberikan cadangan baru sebaik sahaja mendapat taklimat dari pihak PKK.
Terdapat banyak jadual kursus yang telah dirancang dan diiklankan dalam laman web PKK Pusat.
Sebelum ini PKK telah menjadikan kursus salah satu syarat untuk pembaharuan lesan kelas F di semua negeri. Dianggarkan lebih 80 peratus kontraktor telah mengikuti kursus yang diadakan sejak 2 tahun lepas. (sumber : tugubangsa.blogspot.com)
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.
Assalamaualaikum wbth,
Kami Kemimipinan AMK Johor, dengan rasa terharu berbuar kejituan. Mengucapkan Selamat Eidul Fitri kepada semua warga AMK Selangor yang beragam Islam. Kami dengan rasa semangat silaturahim dan rendah diri meminta ampun dan maaf diatas keterlanjuaran kami. Yang sedari atau tidak disedari.
Dengan rasa keinsafan dan semangat syawal, kami mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada semua Kepinpiman AMK, Perhubungan dan Wanita PKR Selangor.
AMK JOHOR
Post a Comment