Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat.
Yang mengejutkan ramai, ialah tuduhan yang dilemparkan beliau iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik diktator dan saudara Azmin Ali banyak mempengaruhi keputusan-keputusan penting parti dan DSAI sendiri.
Walaupun menghargai segala sumbangan dan menghormati keputusan beliau sebagai seorang warganegara yang bebas membuat keputusan, namun ramai yang masih berteka-teki dan mempertikaikan keputusan dan lemparan tuduhan itu.
Ezam meletakkan asas tuduhan beliau kepada realiti bahawa, walaupun Presiden PKR ialah Dr Wan Azizah, namun Anwar yang melakukan semua keputusan termasuk melantik MPT-MPT dan menentukan halatuju parti.Bagi saya sama ada pemikiran Saudara Ezam sudah dikelabukan atau beliau sengaja mencari helah dan alasan meninggalkan parti.Ramai sedia maklum bahawa keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua (De Facto) parti diambil secara konsensus setelah pihak R.O.S menafikan hak Anwar untuk bertanding secara demokratik jawatan Presiden dalam kongres yang berlangsung di Seremban tempoh hari.Hampir keseluruhan perwakilan bersetuju dengan pandangan seorang perwakilan lain iaitu Latheefa Koya (kini MPT dipilih) yang mengesyorkan jalan tengah kerana bimbang jika pemilihan diteruskan dan jika Anwar menang (99% kemungkinan Anwar akan menang) Parti Keadilan Rakyat akan dibatalkan oleh R.O.S yang diketahui berkiblatkan UMNO/BN.Dalam hal yang lain, Anwar mengesahkan memang beliau ada menghubungi beberapa pimpinan AMK Pusat dengan tujuan menasihati anak-anak muda ini berkenaan soalan pemilihan.Menjawab terus persoalan yang sama dalam sidang media selesai Kongres tersebut Anwar dipetik sebagai berkata " ...saya tidak campur tangan, ini soal demokrasi.Saya hanya memberi nasihat dan terpulang kepada mereka sendiri.Jika tidak mahu menerima nasihat saya mengapa angkat saya sebagai penasihat?"
Nah, jadi di mana politik diktator Anwar? Anwar boleh sahaja senang-senang menerima undangan antarabangsa jika ingin hidup mewah lantaran kredibiliti dan wibawa beliau.Saudara Ezam tidak mungkin lupa kerana saudar Ezamlah yang kemaruk berkeliling seluruh negara menjunjung ceramah mengenai Wibawa Anwar.Saya masih mempunyai salinan VCD ceramah tersebut di Kelantan.Namun kini Anwar komited dan buktinya keseluruhan mesyuarat MPT dipengerusikan beliau sendiri.Inilah komitmen Anwar.
Jika masalah Ezam dengan Azmin yang menjadi punca beliau meninggalkan parti, maka ini adalah perkara yang wajar kerana jika Ezam tak mampu menghadapi dan melawan politik Azmin bagaimanalah Ezam ingin menangani politik UMNO dan BN.Ezam sangat tidak senang dengan karenah politik Azmin yang dikatakan selalu mendampingi Anwar dan mempengaruhi keputusan-keputusan beliau.Ezam juga diketahui meminta Dato Seri Anwar berbuat sesuatu namun menurut sumber, tiada apa yang tidak kena dengan Azmin kerana jika beliau diminta melaksanakan sesuatu oleh Anwar, Azmin dikatakan selalu "performed well".
Apapun yang berlaku bolehlah diibaratkan sebagai ulang tayang filem pilihanraya.Situasi sama selalu menimpa pimpinan muda Keadilan dari PRU 10 hingga PRU 12 kini.Inilah hakikat sebuah parti yang masih muda dalam arena politik tanah air.Mungkin selepas PRU 12 nanti jika PKR dan B.A berjaya menawan beberapa negeri barulah terbuka luas biji mata mereka yang iri hati.
Akhir sekali komen dari DSAI sendiri,
"Tidak dinafikan bahawa saya punyai kelemahan dan keterbatasan. Ada anggapan bahawa dengan kehadiran saya secara berdepan dalam persada politik tanahair, semua kekusutan dan kemelut dapat dileraikan - samada politik, perniagaan atau kewangan. Sesungguhnya ribuan yang bekorban dan berjasa kepada saya, keluarga dan perjuangan. Semuannya berhak membuat tuntutan dan seringkali ada pula yang berbentuk ugutan. Saya tetap bersyukur kerana puluhan ribu lainnya tidak meraih sesuatu selain kesetiaan kepada perjuangan.Malah sepertimana dimaklumi saudara/i, saya tidak menjawab secara terbuka kritikan teman-teman. Memadai untuk ditegaskan bahawa segala ikhtiar yang mungkin telah diusahakan dan sebarang ikhtiar lainnya tanpa mengurbankan prinsip akan terus diusahakan. Namun kita jangan asyik mengelamun. Kerja dan program perlu terus ditingkatkan.

No comments:
Post a Comment