"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Sunday, December 9, 2007

Sah, Kerajaan BN Penakut!






Detik hitam sejarah pentadbiran negara di bawah rejim BN memulakan babak barunya hari ini apabila puluhan rakyat yang terdiri daripada aktivis politik, peguam dan orang awam ditangkap dan didakwa di mahkamah.



Ketakutan pemerintahan Abdullah Badawi kini berada di kemuncaknya setelah beliau merasa tercabar apabila gelombang kebangkitan rakyat dalam menuntut hak mereka mula dirasai.



Bermula dengan himpunan lebih 132,000 rakyat menuntut pilihanraya bersih dan diikuti oleh himpunan 30,000 penyokong HINDRAF serta perarakan anjuran "Lawyers for Rights of Assembly' , rakyat sudah mulai sedar akan hak mereka yang dirompak serta dinafikan oleh pemerintah kejam yang ingin terus berkuasa. Walaupun media arus perdana rancak memainkan sentimen perkauman dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang palsu dan penuh pembohongan, namun kebijaksanaan rakyat sudah terbukti.



Menyedari hakikat ini, kerajaan tiada pilihan lain selain daripada memperkudakan undang-undang dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada rakyat.



Angkatan Muda Keadilan Selangor mengutuk sekeras-kerasnya dan menganggap penahanan ini sebagai pelanggaran kepada hak asasi manusia.Ini juga menunjukkan sikap pengecut Kerajaan dalam menangani protes rakyat setelah gagal menjawab pelbagai isu yang timbul.Awas, suara rakyat suara keramat.Masa untuk pemerintahan zalim BN sudah sampai ke penghujungnya.Jika benar Pak Lah sudah bersedia dan yakin dengan sokongan rakyat kepada BN, kami cabar pilihanraya diadakan segera.



Penahanan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan termasuklah Latheefa Koya, Sivarasa Rasiah (kedua-duanya peguam), N.Gobalakrishnan dan Tian Chua tidak sekali-kali melemahkan dan menakutkan kami.Rakyat akan terus bangun menentang kezaliman. Ini jelas menunjukkan "Operasi Lalang 2" sedang dilaksanakan oleh Kerajaan penakut ini untuk menutup segala teguran dan bangkangan terhadap pemerintahan mereka.

Friday, December 7, 2007

HINDRAF: Baca Penjelasan Anwar.


Dato Seri Anwar Ibrahim menyarankan rakyat agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah dan penipuan yang dimainkan oleh media milik UMNO/BN mengenai isu tuntutan HINDRAF. Menurut beliau, kecaman dan serangan bertubi-tubi oleh media arus perdana terhadap dirinya itu membuktikan kegusaran dan kebimbangan pihak pemerintah dalam menangani pengaruh pimpinan pembangkang dan arus keinginan rakyat yang sudah sedia menukar kerjaaan.
Berikut merupakan antara petikan komen beliau mengenai isu HINDRAF dan tuntutan mereka:
21 Nov:
"Ini adalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin"
"Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya tidak mempertikai hak menganjurkan perhimpunan aman tersebut. Komuniti India telah sekian lama menderita"
22 Nov:
"saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.
Oleh itu,AMK Negeri Selangor berpendapat, gerak kerja perlu ditumpukan untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang isu sebenar dan penjelasan DSAI tersebut yang dikeluarkan beberapa hari sebelum perhimpunan HINDRAF.

Tuesday, September 25, 2007

Siasat Ketua Hakim Demi Kebenaran!

Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor mendesak agar saranan Presiden KeADILan supaya suatu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan khas untuk menyiasat secara telus dakwaan yang dibuktikan oleh pihak KeADILan diambil serius oleh pihak yang terlibat.

Ini kerana ia melibatkan martabat dan maruah sistem kehakiman negara yang telah pun teruk dan terjejas semenjak kes pemecatan Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu.
Kini, pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu menunjukkan kredibiliti dan ketelusan setelah ia sekali lagi diwarnai dengan episod hitam, kali ini melalui bukti video tentang penyelewengan terbaru sistem kehakiman yang digelar "Video Skandal Ketua Hakim Negara Tun Fairuz".

Angkatan Muda Negeri Selangor juga mendesak supaya semua pihak yang terbabit tampil bagi menerangkan tentang letak perkara yang sebenar dan jangan berselindung disebalik kekuasaan.

Salam Ramadhan

Pihak Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor memohon maaf atas kegagalan mengemaskini blog ini sejak bulan Julai yang lepas.Ini adalah disebabkan oleh beberapa kegagalan sistem teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Namun mulai hari ini,laman blog ini akan berfungsi seperti biasa dan akan terus mengenegahkan isu-isu semasa yang panas dan fakta-fakta yang tepat untuk tatapan dan pertimbangan warga Selangor.

Thursday, July 12, 2007

KONVENSYEN BERSIH

Rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri satu konvensyen anjuran BERSIH.
Butiran adalah seperti di bawah:
Tempat: Chinese Assembly Hall, Jalan Kampung Atap, Kuala LumpurJam:
Bermula jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam
Tarikh: 20 Julai 2007
Tetamu Khas:
Tuan Guru Hadi
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Saudara Lim Guan Eng
Hadirin diminta bawa bersama Jalur Gemilang.

Untuk sebarang pertanyaan/maklum balas, sila hubungi:03-2692 5000 sambungan 302*Tolong hebahkan, terima kasih.

Presiden UMNO Juga Keluar Parti-Anwar


Ampang,7 Julai 2007-Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdananya yang diraikan lebih 4000 rakyat di Taman Ampang Indah di sini mengulas soal keluar-masuk parti yang pada waktu kini masih sibuk dijunjung oleh media-media arus perdana.
Beliau menyatakan soal keluar masuk parti adalah perkara biasa dalam politik dan rakyat sepatutnya tidak terlalu memikirkan persoalan tersebut sebaliknya terus menumpukan kepada agenda besar reformasi yang diterajui parti.
tambah beliau lagi ahli-ahli keADILan yang dikatakan keluar parti kebanyakannya adalah golongan kecewa dalam parti yang sudah lama mendiamkan diri tetapi tiba-tiba dijulang sebagai kononnya tulang belakang kepada pergerakan parti.
Beliau menambah dengan memberikan contoh di Pulau Pinang ,Bekas Ketua Bahagian Bukit Bendera yang telah kalah dalam pemilihan peringkat bahagian mengambil sikap meninggalkan parti dan mengheret bersama isterinya yang juga bekas Ketua Wanita Pulau Pinang untuk mengikuti jejaknya.Manakala di Kedah, bekas Ketua Penerangannya sudah diisytihar muflis oleh bank dan tidak layak memegang sebarang jawatan.
Menurutnya lagi, UMNO mesti melihat sejarah bahawa 3 orang bekas Presidennya termasuk pengasas UMNO sendiri meninggalkan parti lapuk itu kerana sedar perjuangan UMNO adalah sia-sia.Dato Onn Jaafar merupakan pengasas dan Presiden UMNO pertama kemudiannya menubuhkan Parti Negara dan menang di Terengganu dengan sokongan PAS ketika itu.Selain itu, Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj dan juga Tun Hussien Onn turut keluar UMNO dan berkempen dalam pilihanraya bagi menentang UMNO.
majlis ceramah tersebut turut diraikan oleh Dato Dr Zainal Abidin Ahmad selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Sdr Azmin Ali selaku Naib Presiden dan Pn Hjh Zuraida Kamaruddin selaku Ketua Wanita disamping beberapa ahli MPT dan AJK Keadilan serta PAS Kawasan Ampang.

Wednesday, June 27, 2007

Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat.
Yang mengejutkan ramai, ialah tuduhan yang dilemparkan beliau iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik diktator dan saudara Azmin Ali banyak mempengaruhi keputusan-keputusan penting parti dan DSAI sendiri.
Walaupun menghargai segala sumbangan dan menghormati keputusan beliau sebagai seorang warganegara yang bebas membuat keputusan, namun ramai yang masih berteka-teki dan mempertikaikan keputusan dan lemparan tuduhan itu.
Ezam meletakkan asas tuduhan beliau kepada realiti bahawa, walaupun Presiden PKR ialah Dr Wan Azizah, namun Anwar yang melakukan semua keputusan termasuk melantik MPT-MPT dan menentukan halatuju parti.Bagi saya sama ada pemikiran Saudara Ezam sudah dikelabukan atau beliau sengaja mencari helah dan alasan meninggalkan parti.Ramai sedia maklum bahawa keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua (De Facto) parti diambil secara konsensus setelah pihak R.O.S menafikan hak Anwar untuk bertanding secara demokratik jawatan Presiden dalam kongres yang berlangsung di Seremban tempoh hari.Hampir keseluruhan perwakilan bersetuju dengan pandangan seorang perwakilan lain iaitu Latheefa Koya (kini MPT dipilih) yang mengesyorkan jalan tengah kerana bimbang jika pemilihan diteruskan dan jika Anwar menang (99% kemungkinan Anwar akan menang) Parti Keadilan Rakyat akan dibatalkan oleh R.O.S yang diketahui berkiblatkan UMNO/BN.Dalam hal yang lain, Anwar mengesahkan memang beliau ada menghubungi beberapa pimpinan AMK Pusat dengan tujuan menasihati anak-anak muda ini berkenaan soalan pemilihan.Menjawab terus persoalan yang sama dalam sidang media selesai Kongres tersebut Anwar dipetik sebagai berkata " ...saya tidak campur tangan, ini soal demokrasi.Saya hanya memberi nasihat dan terpulang kepada mereka sendiri.Jika tidak mahu menerima nasihat saya mengapa angkat saya sebagai penasihat?"

Nah, jadi di mana politik diktator Anwar? Anwar boleh sahaja senang-senang menerima undangan antarabangsa jika ingin hidup mewah lantaran kredibiliti dan wibawa beliau.Saudara Ezam tidak mungkin lupa kerana saudar Ezamlah yang kemaruk berkeliling seluruh negara menjunjung ceramah mengenai Wibawa Anwar.Saya masih mempunyai salinan VCD ceramah tersebut di Kelantan.Namun kini Anwar komited dan buktinya keseluruhan mesyuarat MPT dipengerusikan beliau sendiri.Inilah komitmen Anwar.
Jika masalah Ezam dengan Azmin yang menjadi punca beliau meninggalkan parti, maka ini adalah perkara yang wajar kerana jika Ezam tak mampu menghadapi dan melawan politik Azmin bagaimanalah Ezam ingin menangani politik UMNO dan BN.Ezam sangat tidak senang dengan karenah politik Azmin yang dikatakan selalu mendampingi Anwar dan mempengaruhi keputusan-keputusan beliau.Ezam juga diketahui meminta Dato Seri Anwar berbuat sesuatu namun menurut sumber, tiada apa yang tidak kena dengan Azmin kerana jika beliau diminta melaksanakan sesuatu oleh Anwar, Azmin dikatakan selalu "performed well".
Apapun yang berlaku bolehlah diibaratkan sebagai ulang tayang filem pilihanraya.Situasi sama selalu menimpa pimpinan muda Keadilan dari PRU 10 hingga PRU 12 kini.Inilah hakikat sebuah parti yang masih muda dalam arena politik tanah air.Mungkin selepas PRU 12 nanti jika PKR dan B.A berjaya menawan beberapa negeri barulah terbuka luas biji mata mereka yang iri hati.
Akhir sekali komen dari DSAI sendiri,
"Tidak dinafikan bahawa saya punyai kelemahan dan keterbatasan. Ada anggapan bahawa dengan kehadiran saya secara berdepan dalam persada politik tanahair, semua kekusutan dan kemelut dapat dileraikan - samada politik, perniagaan atau kewangan. Sesungguhnya ribuan yang bekorban dan berjasa kepada saya, keluarga dan perjuangan. Semuannya berhak membuat tuntutan dan seringkali ada pula yang berbentuk ugutan. Saya tetap bersyukur kerana puluhan ribu lainnya tidak meraih sesuatu selain kesetiaan kepada perjuangan.Malah sepertimana dimaklumi saudara/i, saya tidak menjawab secara terbuka kritikan teman-teman. Memadai untuk ditegaskan bahawa segala ikhtiar yang mungkin telah diusahakan dan sebarang ikhtiar lainnya tanpa mengurbankan prinsip akan terus diusahakan. Namun kita jangan asyik mengelamun. Kerja dan program perlu terus ditingkatkan.


Ezam dan Ezam lagi...

"Dato Seri Anwar Ibrahim mengamalkan prinsip politik diktator dan Azmin Ali terlalu berkuasa menentukan halatuju parti dan mempengaruhi keputusan pimpinan"
Itulah antara sebab dan alasan yang terpacul keluar dari mulut mantan Ketua Pemuda Keadilan ,Ezam Mohd Nor tatkala mengumumkan keluar parti keramat ini.
Untuk apa tujuan sekalipun beliau bercakap sedemikian tidaklah kita ketahui.Namun yang diketahui umum ialah mengenai kedangkalan kenyataan tersebut.Setelah meneliti banyak fakta dan auta rakan-rakan, disini saya himpunkan beberapa petikan menarik untuk penelitian semua.
"Ezam ialah seorang pengkhianat kepada perjuangan ini.Beliau pernah komited tetapi kini berpaling tadah menghentam pimpinan parti seolah-olah beliau mewakili suara UMNO/BN"
Samsul Iskandar (Ketua AMK Pusat)
"Seharusnya Ezam mengambil jalan penyelesaian dalaman jika ingin menjalankan reformasi dalam parti dan jika bermasalah dengan Naib Presiden Azmin,bukan keluar dan menghentam parti."
Jonah (Naib Ketua AMK Pusat)
"Ini petanda sebelum Pilihanraya Umum,sejarah membuktikan dari PRU 1999 hingga PRU 2004. Dari Zahid Mat Arip hingga Ruslan Kassim dan kini Ezam Mohd Nor"
Cikgu Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK Pusat)
"Ezam mencari publisiti murahan.Siapa saya untuk mempengaruhi Dato Seri? Beliau tokoh besar di peringkat antarabangsa"
Azmin Ali (Naib Presiden)
"Ezam Cuba lemahkan keADILan"
Ahmad Zaki Yamani (Setiausaha AMK Pusat)

Sunday, June 24, 2007

Bukti Keadilan Makin Kukuh




Kebelakangan ini media arus perdana sangat aktif menyiarkan berita berkaitan PKR di dada akhbar mereka.Sebagaimana yang kita maklum, berita yang disiarkan mereka hanyalah untuk menggambarkan keADILan dengan seburuk-buruk wajah.Di sana sini pimpinan mengisytihar keluar parti kononnya wujud budaya politik tidak sihat dalam parti dan pelbagai tohmahan liar yang lain.Di Kedah terutamanya dikhabarkan ramai yang keluar parti dan terbaru bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor juga keluar parti.(saya akan ulas dalam tulisan yang lain).Ini tidak lain bertujuan melemahkan semangat pejuang-pejuang parti dan malang kepada mereka yang termakan tohmah itu dengan senang sahaja melupakan perjuangan dan jerih perih selama lebih 9 tahun (atau 8 bulan!? huh!!) dalam perjuangan.

Mungkin inilah yang menyebabkan kita masih belum beroleh kemenangan.Justeru yang bakal menyusul dalam masa terdekat ini akan saya rakamkan peringatan As Syahid Syed Qutb tentang 7 sebab mengapa perjuangan menegakkan yang hak itu lambat mencapai kemenangan.


Tapi disini saya mengumpulkan fakta dan bukti yang menunjukkan betapa parti keramat Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja masih bernyawa tapi degup nadinya bertambah kencang dan deras bersedia pada bila-bila masa untuk menjulang kibaran panji kemenangan.

Terbaru,KeADILan menerima penyertaan bekas Ketua Wanita MCA Pulau Pinang dan EXCO Pusat Wanita MCA selama 15 tahun, Puan Chin Fei Lan menyertai parti dalam kawasan Permatang Tinggi.


Sebelum itu lebih 1800 bekas ahli UMNO di Kota Bharu dari DUN Tanjong Mas,Bunut Payong dan Kota Lama menyerahkan borang menyertai KeADILan kepada Ketua Parti, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Di Kuala Krai pula kira-kira 1000 ahli UMNO yang menyedari kepincangan parti tersebut berpindah menyertai keADILan disusuli lebih 200 ahli baru di Ketereh dalam majlis yang turut diraikan oleh Menteri Besar Kelantan.

Manakala Pulau Lagenda, Langkawi bakal menyaksikan perubahan ketara apabila pulau kecil itu menerima kemasukan lebih 600 hulubalang UMNO pada 12 April lalu..

Fakta di atas cuma segelintir sahaja tetapi lihatlah, Parti Keadilan Rakyat menerima lebih 4000 ahli baru dalam masa kurang 6 bulan tahun ini dan angka-angka ini dijangka bertambah melihat kepada perkembangan terkini di Pulau Pinang dan Sabah.

Untuk makluman, KeADILan Sabah kini dalam usaha keras menambahkan ahli parti setelah menerima kemasukan secara besar-besaran hampir 18 ribu ahli pada Oktober lepas.

TAHNIAH DATO' DR ZAINAL

AMK Negeri Selangor hari ini ingin merakam setinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Keadilan Selangor yang baru iaitu Y Bhg Dato' Dr Zainal AbidinBeliau menggantikan tempat Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim yang kini sibuk dengan tugas barunya selaku Setiausaha Agung parti yang baru dilantik.
AMK Selangor percaya dengan kebolehan Dr Zainal memimpin perjuangan rakyat di seluruh Selangor berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau miliki dalam bidang politik dan akademik.Tambahan pula dengan pengalaman beliau selaku bekas Timbalan Menteri Besar Selangor tidak syak lagi bahawa beliau mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pemimpin.

Kami pasti beliau sedang menyusun agenda besar bagi mengukuhkan KeADILan Selangor dan AMK Selangor akan berusaha sedaya mungkin memperkukuh perjuangan dalam wadah rakyat ini dengan bersama-sama membantu beliau melangsungkan agenda perubahan di Selangor.
Membujur Lalu Melintang Patah.

Tuesday, June 12, 2007

BANJIR:Lawatan AMK Selangor

Rabu,12 Jun: Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini menghantar wakil untuk melawat sebuah kawasan banjir di pinggir bandaraya Kuala Lumpur.
Lawatan itu turut disertai Ketua DPP PAS Pusat ,Y.B Salehuddin Ayub,Ketua Wanita KeADILan Pusat Pn. Hjh Zuraida Kamaruddin beserta pimpinan kedua-dua buah parti disertai sebuah badan bukan kerjaan WIRDA yang berpusat di Ampang Jaya.
Lawatan selama kira-kira tiga jam itu turut diserikan dengan pemberian makanan,buah buahan serta bantuan kewangan kepada golongan ibu tunggal serta wanita kurang upaya.Turut diberi buah tangan ialah kanak-kanak.
Dianggarkan kira-kira 100 kelurga berjaya ditemui untuk dihulurkan sumbangan tersebut.
Ketua AMK Bahagian Ampang, Sdr Hamsah Djabir berkata tindakan pantas ini dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan parti serta memberi sumbangan yang sekadarnya untuk para penduduk yang terlibat.
Ketika lawatan dijalankan, kebanyakan penduduk sedang membersihkan rumah masing-masing.Kebanyakan penduduk menyatakan ini merupakan kali ke tiga banjir yang serupa berlaku walaupun banyak janji yang ditaburkan.Pelebaran sungai juga tidak memberi kesan yang ketara kerana hanya dilakukan di kawasan tertentu sahaja.
Manakala Puan Hjh Zuraida pula memberi jaminan bahawa beliau akan kembali bersama WIRDA untuk menjalankan program terutama sekali yang melibatkan golongan wanita di kawasan tersebut.

BANJIR:SMART KAH?



Banjir besar melanda Bandaraya Kuala Lumpur lagi.Hujan lebat yang turun sekitar jam 6.00 petang hingga 8.00 malam telah mengakibatkan Bandaraya itu lumpuh kerana banjir kilat yang berlaku.
Paras air naik setinggi lebih 1 meter dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit termasuk kenderaan dan premis perniagaan.Ia juga menyaksikan kecederaan serius kepada pengguna jalanraya.
Keadaan ini sangat menyedihkan tatkala Kuala Lumpur dikhabarkan mempunyai sistem pengaliran air yang efisien apabila projek SMART dibina.Namun kenyataan takbur bertahun-tahun itu dilenyapkan oleh hujan lebat yang berlaku cuma sekitar tiga jam sahaja.
Namun si hati batu, Menteri Kerjaraya S.Samy Velu dengan selamba mengumumkan kadar TOL SMART sebanyak RM 2.oo! Pengumuman ini dilakukan tatkala kebanyakan peniaga dan warga Lembah Kelang sedang menyinsing lengan dan berpalit lumpur membersihkan kediaman masing-masing.
Ternyata menteri lapuk ini sangat tidak sensitif dengan keadaan.Beliau dengan cepat menuding jari kepada JPS dan para Kontraktor yang terlibat dengan pelbagai kecaman kilat untuk mengelakkan dirinya terkulat-kulat menjawab kepada rakyat.Oleh itu apakah gunanya SMART ini dibina? Adakah ianya dapat menyelesaikan masalah banjir kilat sekitar Kuala Lumpur? Sama-sama kita tunggu suku terakhir tahun ini, diwaktu peralihan musim yang bakal menyaksikan rintik-rintik hujan menjadi deraian titisan lebat.Adakah sejarah bakal tercipta?




Sunday, May 27, 2007

Pimpinan AMK Pusat 2007-2010



Ketua AMK
Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua
Fariz Musa
Naib Ketua
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Amirudin Shari
Tan Seng Toh
Exco
Amizudin Ahmad
Ginie Lim Siew Lin
Latheefa Koya
P. Saravanan
Muhammad Gaddafi Kamal
Zara Zahari
Muzaffar Shah Khairuddin
Zulkifli Ibrahim
Abdul Rahman Abdul Hackeem
Mohd Husaif Mohd Jalal
Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad
Jafrien Muhammad
Hj Ramlan Roes
Pajudin Nordin
Faizal Afendi Hussin
Hasmuzair Hassan
K. Gunalan
Tan Wei Wun
Chan Meng Kai
Mohd Najib Onn

Kongres AMK Ke-4,Seremban


Seremban,25 Mei-Kongres Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat untuk kali yang ke empat telah berjaya dirasmikan di Dewan Sekolah Cina Chung Hwa,oleh Timbalan Presiden Dr Syed Hussin Ali.
Seramai kira-kira 1500 perwakilan dan permerhati AMK termasuk sayap wanita telah menghadiri upacara perasmian tersebut.
Negeri Selangor mencatatkan jumlah kehadiran perwakilan dan pemerhati termasuk Skuad AMK yang sangat membanggakan.
Dalam ucapan perasmiannya, Dr Syed Hussin Ali telah menyentuh soal disiplin dan perkembangan parti.Menurut beliau sayap AMK & Wanita akan terus lebih progresif dan diterima rakyat jika tahap disiplin dikalangan ahli parti diteguhkan.
Walaubagaimanapun perjalanan kongres pada hari tersebut agak memanaskan hati para perwakilan dan pemerhati apabila proses pemilihan jawatan-jawatan dalam AMK telah tertangguh selama lebih 3 jam dari waktu yang sepatutnya.Walau bagaimanapun tindakan bijak pengerusi tetap AMK Sdr Romli telah menyelamatkan keadaan.
Ucapan Pemangku Ketua AMK, Sdr Samsul Iskandar telah menyatakan satu misi yang jelas.Bertemakan Daripada harapan Kepada Kemenangan',ucapan beliau membei keyakinan kepada hadirin bahawa selepas daripada kongres ini,barisan AMK akan lebih berbisa dan menyengat untuk memberi impak yang hebat kepada arus perdana politik Malaysia.Bukan sekadar menjadi parti politik nyamuk atau pengacau tetapi berperanan penting dalam mencorakkan perubahan demi kemakmuran rakyat Malaysia berbilang kaum.
Walaubagaimanapun, rata-rata perwakilan menyatakan standard perjalanan kongres AMK kali ini bukanlah yang terbaik dan banyak lagi ruang untuk diperbaiki.Dari penyediaan dewan yang terlalu besar (menampakkan kelopongan ketara) hinggalah soal penyediaan ruang makan yang selesa dan sebagainya.
Namun begitu segala kekurangan itu menambahkan asam garam perjuangan parti politik pembangkang dalam sebuah negara jakun seperi Malaysia ini.Rata-rata perwakilan masih menunjukkan semangat yang tinggi dan memahami segala kekurangan yang berlaku.Lawan Tetap lawan!

Wednesday, May 16, 2007

Cukuplah,Biadap!

Mungkin tajuk di atas agak kasar dan keras.Tetapi saya tidak dapat menahan amarah di hati apabila membaca laporan parlimen sepanjang minggu lalu.Walaupun memang dua orang ahli parlimen BN dari Jasin & Kinabatangan tersebut sudah terkenal dengan kelancangan mulut mereka dan kualiti perbahasan yang sangat memalukan, tetapi kenyataan balas mereka kepada Ahli Parlimen, Fong Po Kuan telah meletakkan taraf mereka ke paras yang paling rendah.Mereka marah kepada pertanyaan AP dari DAP tersebut berkenaan soal kebocoran bumbung di parlimen lantas berkata " mana ada bocor,Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan".
Namun seperti biasa,mereka seolah-olah kebal dengan sebarang tindakan hanya kerana mereka merupakan ahli Backbencher's Club BN.Menteri wanita dari BN juga kelu seribu bahasa di dalam bangunan parlimen dan hanya mengeluarkan kenyataan dua hari selepas kejadian.

Nyata AP Jasin & Kinabatangan ini tidak langsung menghargai peranan dan undi para wanita yang mereka perolehi dalam PRU ke 11 yang lalu.

Angkatan Muda Selangor mendesak supaya kelancangan kedua-dua ahli parlimen ini diambil tidakan tegas dan mereka perlu memohon maaf secara terbuka kepada para wanita terutama sekali ibu,kakak,adik dan anak-anak perempuan mereka terlebih dahulu!

Thursday, May 10, 2007

Menari:Penjelasan Anwar

Dato' Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan tindakan tidak professional dan keterlaluan yang dilakukan oleh media elektronik di Malaysia terutamanya RTM dan TV3 yang memanipulasi dan mempermainkan isu tarian beliau dalam pilihanraya kecil DUN Ijok baru-baru ini.Anwar menjelaskan bahawa pada waktu itu beliau tiba untuk berkempen di sebuah majlis dalam kawasan masyarakat India dan disambut dengan paluan muzik etnik tersebut.

"Saya menari tak sampai seminit tetapi RTM melalui Menterinya telah memanjangkan dan mengulang-ulang klip video tersebut".Anwar juga mengecam tindakan Zainuddin Maidin yang selama ini jelas sikapnya menghentam islam tetapi cuba menjadi hero dengan memburukkan beliau serta mempersoalkan peribadinya sebagai bekas pemimpin tertinggi ABIM suatu ketika dahulu.Jelas perbutan tersebut berniat jahat dan cuba menjatuhkan peribadi Anwar sebagai pemimpin yang disegani rakyat.
"Adakah salah jika saya meraikan salah satu elemen dalam budaya masyarakat India? Adakah saya menjadi bukan Islam dengan menari selama tak sampai 1 minit?" tanya Anwar lagi.
Justeru Anwar mencabar Zainuddin Maidin jika benar dia ingin mempertahankan Islam sila beri penjelasan kepada penonton RTM apakah pandangannya mengenai rasuah,pembunuhan kejam,mencuri wang rakyat,memeluk artis terkenal dan sebagainya.
"Tetapi jika mereka mengharapkan saya bertindak defensive dan bernada apologetic maka mereka silap.Saya tidak akan berbuat demikian" jelas Anwar lagi.

IJOK:Pemimpin BN Ketinggalan Arus

"Jika benar keADILan akan berkubur dan Anwar Ibrahim tidak terpakai lagi dalam arena politik tanah air,tentu pimpinan UMNO sedang ketinggalan arus".Begitulah antara bait kata yang diungkap oleh Anwar Ibrahim ketika berucap penuh semangat di hadapan kira-kira 5 ribu penyokongnya yang membanjiri Dewan Fadzil Noor di Taman Melewar baru-baru ini.Sambutan hebat yang ditunjukkan rakyat prihatin itu saling tidak tumpah seperti yang berlaku sekitar tahun 1999 di mana dari jauh lagi kelihatan kereta-kereta diparkir dibahu-bahu jalan dan limpahan orang ramai membanjiri sehingga ke luar dewan.

Dalam ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Azmin Ali,bekas calon Ijok Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa itu, turut kelihatan ramai wartawan dari media asing termasuk Asahi Shimbun dari Jepun.Menurut Anwar Ibrahim, majlis perisytiharan tersebut disiarkan ke seluruh pelusuk dunia dan mengigatkan pemimpin BN bahawa gelagat dan penipuan mereka sedang diperhatikan masyarakat antarabangsa.

Anwar juga menyelar Samy Vellu yang mencabarnya bertanding di mana-mana kawasan parlimen sebagai cabaran kosong yang tidak bermakna.Ini kerana Anwar masih belum dibenarkan bertanding dalam pilihanraya sehingga April 2008.Menurutnya lagi,KeADILan akan meletakkan calon Dato' Nallakaruppan bagi menentang Samy Vellu di Sungai Siput pada PRU 12 kelak.Tempelak Anwar terhadap Samy Vellu juga semakin lantang apabila menyoalkan kebanggaan Samy Vellu yang mendakwa sokongan masyarakat India masih padu di bawah kepimpinan MIC.Amarah Anwar tidak terbendung kerana beliau melihat sendiri apa yang dibanggakan Presiden MIC itu sebenarnya ialah golongan masyarakat India yang tertindas seperti warganegara kelas ke tiga yang dilayan sebagai hamba.Mereka tinggal dalam gerobok usang dan undi yang diberikan kepada MIC ialah kerana ketakutan dan ancaman ,bukan kerana pembelaan MIC terhadap mereka."Yang melayan kaum India dengan sebegini teruk dan buruk ialah kamu (Samy Vellu),bukan saya,bukan kami!" demikian tegas Anwar.

Akhirnya majlis itu mengisytiharkan perpaduan semakin kukuh antara keADILan,PAS dan DAP yang dibuktikan melalui kerjasama padu dalam pilihanraya kecil di Ijok tersebut.Ijok juga sebagai batu loncatan untuk melonjak semangat rakyat dalam mengesahkan penipuan SPR dan BN yang terang-terangan berlaku.Tan Sri Khalid juga telah disiytiharkan sebagai pemenang sebenar PRK Ijok berdasarkan fakta-fakta dan bukti penipuan yang dapat dikumpul oleh JPRP.

Sunday, April 29, 2007

Warkah dari Mursyidul Am PAS Untuk Khalid Ibrahim

MENEMUI Tan Sri Khalid Ibrahim dengan segala doa dan limpah kerahmatan dariNya.
Tan Sri,
Baru agak sebentar Tan Sri cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia pembangkang dan Tan Sri sudah dapat merasai pahit gigitannya. Kami sudah puluhan tahun dijeruk dalam tempayan penderaan ini. Cukuplah Allah yang menjadi saksinya.

Usahkan kita nak bercakap soal pembelaan Islam dan umat Islam, membela nasib bangsa Melayu melalui demokrasi sekali pun, kita akan menyaksikan satu laluan berhalang yang teramat sukar.
Apa yang menyayatkan hati lagi ialah ia hampir sah sengaja dilakukan. Ini cukup dapat disaksikan dalam plihan raya kecil di Ijok baru semalam.
Dalam konteks demokrasi, rugi sangatkah jika Dewan Undangan Negeri Selangor memberi ruang kepada minoriti pembangkang? Hatta, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah menegur tentang ‘tidak betulnya’ sesebuah sistem berkerajaan jika kerajaan yang di pilih(?) itu terlampau-lampau kuat.
Tanpa sebuah kerusi pun yang dibenarkan, maka siapa agaknya yang mampu menyemak parti yang membentuk kerajaan itu dari melakukan kesilapan? Beliau seorang tokoh bergelar Tan Sri dan bukan sebarang budak kampung yang biasa.
Dalam hal ini, mungkin sangat bermanafaat kita merenungi maksud ayat Allah SWT mengenai tiga orang Rasul yang dibunuh oleh kerajaan yang zalim kerana mengamalkan sikap enggan menerima nasihat.
Ini kebenaran sejarah dan tercatat sendiri di dalam al-Quran. Ia berbunyi, “Utusan-utusan itu berkata: kemalangan itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.“ (Surah Yasin Ayat 19).
YBhg. Tan Sri,
Pada saya, pilihan raya kecil Ijok sebenarnya semacam kesempatan. Kesempatan itu semacam diatur oleh Allah SWT untuk memberi peluang kepada pemimpin Umno dan seluruh warga pengundi Ijok untuk memperbaiki semula dasar angkuh Selangor yang menolak Islam dan sekali gus doktrin demokrasi berbunyi “pembangkang sifar”.
Tak bolehkah Ijok sekadar dibiarkan kerusinya untuk pembangkang. Maksud saya, bukan diberi percuma sebegitu tetapi dipertandingkan dengan cara yang sihat.
Ini, sampai membawa bala tentera polis dan FRU yang beribu-ribu. Mengugut pengundi di sana sini. Amalan gangsterisme. Ada tertangkapnya dua bas yang disyaki membawa pengundi hantu dari Perlis.
Curahan peruntukan raksasa yang melebihi RM36 juta. Ini demokrasi atau apa? Tak mungkin Umno tak faham betapa semua amalan ini adalah perbuatan kontra demokrasi yang terkutuk dan hina sehina-hina!
Jika saya dibenarkan menggunakan ‘pisau tumpul’ untuk memotong di ketika ini maka saya akan mengatakan yang pemimpin-pemimpin Umnolah yang selama ini bertanggungjawab mengeraskan hati rakyat Malaysia dari menerima kebenaran Allah.
Jika calon KeADILan kita menang sekali pun, apa sangatlah yang kurangnya Selangor itu. Sehabis kuat, Tan Sri Khalid kita akan hanya bertazkirah, menegur dan berpesan-pesanan darihal kebaikan.
Selaku seorang yang berkepakaran di bidang ekonomi dan korporat, tentu sekali penguasaan ilmu Tan Sri adalah aset yang sangat besar untuk dikongsikan oleh Selangor dalam konteks mendengar pandangan kedua dari arah yang sedikit berlainan.
Ini tentu akan mencetus satu proses ‘check and balance’ yang sihat untuk membela nasib orang Melayu, orang Islam, non-Islam dan umat manusia pada amnya.
Cuba pemimpin Umno buat perbandingan sedikit dengan apa yang sedang berlaku di White House hari ini. Lapan calon Demokrat telah sebulat suara mengutuk Presiden Bush berhubung dasar beliau di Iraq.
Ini berikutan daripada kekalahan pihak Republikan di tangan Demokrat yang semakin menyisihkan Bush.
Bahkan, dalam perbahasan kempen pertama disiarkan menerusi televisyen sebelum pemilihan Presiden 4 November 2008, calon Demokrat membidas pentadbiran Bush kerana terus menghantar beribu-ribu askar AS dan membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk kempen Perang Iraq yang menuju kegagalan.
Berita ini ada dalam semua akhbar pada 28 April 2007. Nah, kita boleh lihat bagaimana berbeda sekali amalan demokrasi di tempat orang berbanding dengan di tempat kita.
Di peringkat ini, saya tidak perlulah menghukum betapa kunonya kita sebab Tan Sri sendiri, seluruh penduduk Ijok dan rakyat Malaysia pada amnya telah sempat menyaksikan segala adegannya. Ia jelas sebuah demokrasi olok-olok di mana Islam diperolok-olokkan.
Jika mulialah apa yang dilakukan kerajaan Umno di Ijok itu, kenapa tidak dibenarkan mana-mana pasukan pemantau pelaksana demokrasi peringkat dunia untuk menjadi saksi.
Sebenarnya, kita telah tersalah memakaikan lencana dacing yang bersimbolkan keadilan dunia dan demokrasi ke dada pemimpin Umno. Rupanya, mereka cuma berwajah demokrasi tetapi berjiwa ‘komunis’.
Mereka boleh dikatakan hampir kering kontang dari segi nilai iman dan hari pembalasan di akhirat. Itulah Tan Sri; apa yang mungkin saya boleh simpulkan.
Pemimpin Umno perlu ingat bahawa segala yang dilakukan di Ijok itu ada divideokan oleh Allah SWT. Jangan ingat, pihak Special Branch (SB) dan polis rahsia Umno sahaja yang membuat rakaman.
Bahkan, mereka perlu di ingatkan dengan ayat Allah yang bermaksud, “pada hari di ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan Nya, kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpul (mencatat) amal perbuatan (dan aktiviti) itu, padahal mereka melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Surah Al-Mujadalah Ayat 6).
Tan Sri,
Saya sekadar berpesan kepada Tan Sri. Saya cuma mengambil kesempatan untuk bertazkirah melalui surat terbuka ini untuk dibaca oleh semua. Tahniah jua dari saya di atas keberanian dan ketabahan Tan Sri untuk mengharungi ujian yang getir ini.
Lagi pun, mengikut bacaan, undi di Ijok untuk PKR sudah bertambah sebanyak 471 undi. Syabas saya ucapkan. Sesungguhnya, kerja memikul kebenaran ini adalah satu tugas berat.
Hanya Nabi-Nabi, Rasul-Rasul dan para anbiya’ yang diikuti oleh pejuang-pejuang seperti kita termasuklah seperti Tan Sri yang mampu memikulnya, InsyaAllah. Pantang berundur. Kuatkan semangat. Seorang mukmin adalah seorang yang tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Wallahua’lam.

Ijok By Election: A Fair Analysis

The BN has won the Ijok by-election with a bigger majority, an increase of 201 votes.Interestingly,KeADILan have also increased their vote tally by around 500 votes. This could partly be due to the higher voter turnout of 83.08% or 10,196 voters out of 12,272 on the electoral roll, a record high in by-election history. There was also no spoiler in the form of independent candidates.By popular votes,PKR obtained 40.1% (4,034 votes).However, looking into each of the balloting districts, new dynamics have cropped up.Let's take a look at the poll results recorded in the 2004 general election and the one captured today
:SUNGAI DARAH 2004: BN 629; KeADILan 144
2007: BN 730; KeADILan 192

BATANG BERJUNTAI 2004: BN 1,447; KeADILAN 658
2007: BN 1,486; KeADILan 979

2007: BN 1,025; KeADILan 641 (Berjuntai Bestari Utara)
2007: BN 461; KeADILan 338 (Berjuntai Bestari Selatan)

JAYA SETIA 2004: BN 417; KeADILAN 458
2007: BN 618; KeADILan 327

BUKIT BADONG 2004: BN 609; KeADILAN 868
2007: BN 838; KeADILan 826

KAMPUNG IJOK 2004: BN 280; KeADILAN 547
2007: BN 376; KeADILan 492

PEKAN IJOK 2004: BN 761; KeADILAN 306
2007: BN 605; KeADILan 624

SIMPANG IJOK 2004: BN 466; KeADILAN 472
2007: BN 529; KeADILan 490

TUAN MEE 2004: BN 594; KeADILAN 116
2007: BN 665; KeADILan 145
On the surface, the 2007 results indicate that:
1. KeADILAN has retreated in its 2004 Malay stronghold areas in Jaya Setia, Bukit Badong and Kampung Ijok2. KeADILan has failed to penetrate BN's Malay/Indian stronghold in Sungai Darah3. KeADILan has failed to penetrate BN's Indian stronghold in Tuan Mee.
However, BN's performance in its 2004 Indian/Chinese stronghold in Batang Berjuntai has somewhat sent out some interesting signals.The Batang Berjuntai polling district has since been split into two for the 2007 by-election, namely Berjuntai Bestari Utara (a 51.4% Indian-majority area with 2,236 Indian voters and 31.1% or 1,142 Chinese voters) and Berjuntai Bestari Selatan (a 45.8% Chinese-majority area with 534 Chinese voters and 30.6% or 384 Indian voters).In today's results, Batang Berjuntai, with Berjuntai Bestari Utara and Selatan read together, the indication is that BN has retreated on a higher voter turnout, returning BN 1,486 compared to 2004's 1,447. In contrast, KeADILAN has improved to 979 compared with 2004's 658 votes.Looking at the general trend in Ijok 2007 where BN has significantly eroded KeADILan's stronghold in the Malay-dominant areas, the swing has apparently come from the Chinese basket of votes, notably from the Chinese-dominant Berjuntai Bestari Selatan. Voter turnout in this polling district was the lowest among the nine, at 68.6%.Today, voters' apathy in Berjuntai Bestari Selatan gave BN a return of 461 while KeADILan trailed in with 338 votes in its basket.Polarised: Chinese support eroded; Malays swing towards BNIn Pekan Ijok, the polling district with the highest concentration of Chinese voters at 61.7% (or 958 Chinese voters), BN lost to KeADILan with 605 votes compared with the Opposition's 624 votes.At a glance, the two Chinese-dominant polling districts -- Berjuntai Bestari Selatan and Pekan Ijok - have voted against the ruling party in unison.Do today's results indicate that the Indians have chosen to remain as hardcore MIC supporters, while the Malays, even in PAS/KeADILan strongholds, have all taken in to money politics? Notably, the initial resistance from the Kuala Selangor Umno division against an Indian candidate had visibly vaporised as money were pouring in by the millions in the constituency that was bypassed in development over the last few decades.One thing appears to be indisputable: The Chinese are voting against the government.The anti-Government sentiments among the Chinese constituents reflected in the Ijok by-election results will pose a major headache for MCA leaders to answer to their BN boss: Despite the RM36 million by-election goodies thrown in, why the inconsistency in the the Chinese community's voting pattern just within two weeks after a walkover victory in Machap?In contrast, Gerakan can take it a little easy as it has chosen a multiracial stance in its political philosophy, and secondly, it has little impact in Ijok with its marginal political presence at the local level. The fact that Gerakan acting president Koh Tsu Koon had to adjourn to MCA's operations room to greet the Prime Minister during his 11th-hour visit to Ijok speaks volume of realpolitik on the the ground.Suffice to say, if Ijok is a win for Abdullah Badawi, it then must be an equally big headache for him to fathom why Ijok's Chinese voters revolted so angrily against his administration?Is this a single swallow that makes a spring about the disquiet among the Chinese constituents? God knows.In reality, the Chinese community in Ijok can make no distinction between having an Indian or a Malay as their elected representative if race-based politics were allowed to supersede all else. That stark reality had helped them cast vote to truly reflect their inner voices on how the country is being run.That's the the impact a double-edged keris when you play divide-and-rule, race-based politics. The dagger cuts both-ways. Whether it was Najib or Anwar who was the bigger devil that caused the 1987 racial tension over Chinese education issues that later developed into Operasi Lalang -- a corpse raised incessantly towards the last laps of campaigning in Ijok by no less a personality than Najib and MCA leaders, and rebutted by DAP and KeADILan -- was evidently no longer relevant to the realpolitik faced by the vote-holders. The way they repulsed and rebelled at the ballot box today had landed the target audience with a big thud. It warrants acute attention as the next general election draws nearer. The signal is none other than a new form of polarisation coming to a crescendo. And there is no quick fix in sight.

Guna Samseng.Bukti UMNO Terdesak

UMNO kini yang semakin terdesak dan takut kerana zaman kegemilangan mereka hampir berakhir menggunakan pendekatan baru untuk menipu rakyat agar terus-terusan menyokong mereka.Terbaru, mereka menggunakan pendekatan samseng dan gangster dalam berkempen.PRK Ijok membuktikan dakwaan ini.Tidak pernah terjadi dalam pilihanraya dimana calon yang bertanding diserang tetapi di Ijok,Tan Sri Khalid dan pengiring beliau telah menerima tekanan dan serangan fizikal yang hebat di sekurang-kurangnya dua tempat berasingan.Keganasan berlaku dimana-mana.Ini jelas membimbangkan.Adakah ini masa hadapan pilihanraya di Malaysia? Di Ijok sekatan jalanraya diadakan di sepanjang jalan seluruh Ijok.Namun keganasan sering juga berlaku.Ini menunjukkan betapa pihak keselamatan tidak berupaya menangani keganasan yang dilakukan samseng UMNO.Insiden memukul dan merosakkan kenderaaan petugas dan penyokong keadilan sudah menjadi seakan lumrah di Ijok.Pelbagai bukti keganasan mereka dilaporkan dalam media alternatif namun tidak diendahkan pemerintah.Malahan media kerajaan menghentam keADILan sebagai ganas dan samseng secara melulu tanpa ada bukti yang jelas.SPR yang memang pekak dan bisu seperti biasa tidak mengambil sebarang tindakan keatas mereka.Namun rakyat tidak mungkin berdiam diri.Pantang maruah dipijak,rakyat akan bangkit menegakkan hak!

Tahniah Tan Sri Khalid!


Keputusan rasmi PRK IJOK telahpun diumumkan.Pertarungan ibarat gergasi dengan semut ini telah menyaksikan kemenangan tidak bermaruah BN yang sangat memalukan dalam sejarah Malaysia merdeka.

Namun sekalung tahiah perlu dihulur kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang tabah dan teguh menempuhi segala dugaan dan penghinaan hinggakan jasanya kepada Malaysia dipermainkan dan tidak dihargai.

Ramai penganalisis bebas berpendapat bahawa PRK IJOK merupakan titik tolak dalam perubahan angin peralihan rakyat kepada KeADILan.Ini terbukti apabila undi yang diberikan oleh rakyat meningkat di Ijok.Walaupun ramai pengundi Melayu yang tertewas dan termakan ugutan serta limpahan nikmat duniawi,namun pengundi-pengundi Tionghwa telah menghantar signal yang jelas apabila UPU Pekan Ijok menyaksikan kemenangan buat keADILan.

Kebanyakan media antarabangsa melalui penganalisis politik profesional mereka membuat telahan bahawa inilah masa hadapan politik Malaysia yang baru.Jika Pilihanraya Umum diadakan kelak,dimana BN tidak dapat bertumpu secara penuh disesebuah kawasan maka keputusannya lebih memihak pakatan pembangkang.Walaupun fakta ini cuba diselewengkan oleh media-media tempatan melalui tulisan murahan mereka untuk mengampu pemerintah dan melemahkan semangat penyokong Barisan Rakyat.

Namun signal di Ijok sangat jelas dan sememangnya dapat dirasakan kedua belah pihak.

Faktanya menunjukkan masa hadapan Parti Keadilan Rakyat adalah cerah.Sangat Cerah! Bangkitlah dan terus berjuang demi masa depan Malaysia.

Thursday, April 26, 2007

BUKTI SPR PENIPU!



Maaf andai tajuk artikel ini agak kasar,tapi rasanya itulah yang paling sesuai untuk melempiaskan amarah pada SPR.Ketika Naib presiden Keadilan menyatakan wujud pengundi hantu dalah daftar pilihanraya,Pengerusi SPR mengatakan bahawa itu hanyalah satu kenyataan politik (political statement).Namun dengan wujudnya SISMEP 12, satu demi satu penyelewengan dan penipuan jahat SPR dapat dikesan.




Dua bukti yang dapat dikesan semasa semakan senarai pengundi di DUN Ijok.
Ini adalah daftar pemilih yang diwartakan oleh SPR.Anda boleh cuba membuat semakan dengan menggunakan nombor KP ini.Semakan melalui laman web spr di www.spr.gov.my


Apa agaknya penjelasan kepala penipu SPR nak keluarkan? atau buat pekak dan buat tak tahu sahaja?

Wednesday, April 25, 2007

BN TERDESAK:CALON KEADILAN DISERANG

Barisan nasional yang melatakkan calonnya untuk mempertahankan kerusi DUN Ijok di Kuala Selangor kini nampak semakin tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin kemenangan calon mereka di situ.Fitnah-fitnah dan serangan peribadi berbau hasad dengki, cubaan menjatuhkan maruah serta melupakan jasa calon keADILan,Tan Sri Dato' Abdul Khalid disebar secara meluas melalui media masa.Tidak cukup dengan itu,kini mereka bertindak dengan perbuatan yang sangat melampau.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang berlaku seolah-olah menguji kesabaran pendokong dan pejuang-pejuang keadilan terutama sekali di Selangor.Ketegaran penyokong keadilan bersabar atas sikap biadap kader-kader (atau selayaknya di gelar monyet!) telah diuji ketahap yang paling maksima setakat ini.



Sekadar Hiasan





Yang terbaru, calon keADILan bersama rombongannya diserang kumpulan MIC dari ladang Coalfields.Akibat dari serangan fizikal itu, Naib pengerusi BPN Keadilan Selangor P.Krishnasamy telah tercedera.Walaubagaimanapun Tan Sri Khalid dapat dibawa ke tempat yang lebih selamat oleh pengiring beliau.
Kredibility dan sikap pihak polis adalah sangat dipertikaikan dan disangsikan.Dengan kerahan ribuan mata-mata ke kawasan Ijok pada waktu ini,apakah tidak boleh menugaskan seorang- dua pegawainya untuk mengawal keselamatan calon keadilan? Adakah calon keadilan bukan rakyat malaysia? mengapa polis mengamalkan double-standard dalam hal ini?
Adalah ditakuti pilihanraya di negara ini semakin menuju zaman suram.Demokrasi yang sudah tempang ini bakal menghirup nafasnya yang terakhir.






Tragedi pertama:Tan Sri di provokasi di kedai makan.Dua jurugambar media bebas diserang hingga luka.Yang berbaju putih ialah kepala #####T!

Janganlah sehingga pilihanraya dinegara ini kelak terpaksa mengalami nasib seperti ni negara-negara Afrika yang berhujankan peluru hampir setiap kali pilihanraya.
Awas,anak muda Malaysia sudah bangkit,kami sudah sedar! Jangan perkecilkan kematangan dan pemikiran kami.Kami sayang Malaysia! Sabar ada batasnya!!!

BN DI Ambang Kekalahan: FRU Dikudakan








Tidak cukup dengan pelbagai janji manis ditabur pemimpin Barisan Nasional, gumpalan jutaan wang rakyat bertaburan di merata-merata, projek menurap jalan dan parit panjang, keresahan BN semakin menyerlah apabila kempen pilihan raya yang dibenarkan selama sembilan hari juga akhirnya dicabuli untuk memastikan pembangkang khususnya KeADILan diasak hebat dan kecundang pada pusingan pertama.
Ini terbukti apabila terdapat insiden dimana semalam ceramah parti diganggu polis di dua tempat ceramah yang berasingan.

Kejadian pertama berlaku di Restoran Hai Yee Tian, Simpang Tiga Ijok pada jam 8.30 malam, di mana pemimpin DAP, YB Tan Seng Giau (Ahli Parlimen Kepong) dan YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) telah didatangi seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Ng meminta ceramah yang bakal diadakan di situ dibatalkan serta-merta.

"If you can show me the valid assembly permit, you can proceed, simple as that," kata ASP Ng kepada YB Tan,namun dibantah seorang peguam Latheefa Koya bahawa pihak penganjur sudah pun memohon untuk mengadakan permit pada malam itu, termasuk di enam kawasan yang berasingan.

Dalam keadaan kelam kabut, orang ramai yang hadir kira-kira 200 orang melaungkan rasa tidak puas hati atas tindakan pihak polis yang berat sebelah, sedangkan di seberang jalan, satu lagi ceramah BN yang diadakan di Restoran Cheng Sung tidak mendapat sebarang gangguan.

Ceramah yang diadakan oleh BN tersebut hanya dihadiri sekitar 50 orang walaupun jamuan makan malam tersebut telah ditaja secara percuma.

Sungguhpun begitu, YB Tan tetap meneruskan ceramahnya di hadapan orang ramai,sambil meminta pihak polis melayan semua pihak secara adil tidak kira sama ada pihak parti pemerintah mahupun parti pembangkang dan tetap berpegang kepada motto profesional polis iaitu cekap, mesra dan beramanah.

"Pisang sesikat susu sebelanga, tanda muafakat bersama-sama," dengan pepatah melayu YB Tan mencuit hati para hadirin yang majoritinya berbangsa Tiong Hua yang tekun dan bersemangat mendengar ucapan beliau.

Selang 15 minit, secara tiba-tiba pihak penganjur telah dimaklumkan bahawa permit kemudian diluluskan 'secara mudah' oleh pihak polis dan ramai yang menyifatkan usaha awal menghalang cermah tadi adalah sebagai tindakan provokasi polis serta cubaan psikologi untuk menakut-nakutkan pengundi yang hadir pada setiap ceramah pemimpin pembangkang

Tuesday, April 24, 2007

"I'm pro all races" Anwar

It was a modest Chinese coffee shop in the heart of Ijok. At its best, it could probably accommodate little more than 50 customers.However, last night the shop was bursting at its seams as hundreds descended upon it. The crowd spilled onto the streets, causing a traffic jam in the tiny hamlet, tucked amongst dense plantations some 50km northwest of Kuala Lumpur.They were there for one man, who showed up soon after in a chauffeur driven dark-coloured Rover. As the car pulled up, the crowd began to jostle for a closer look and when he emerged there was a thunderous applause.This was none other than former deputy premier and Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Anwar Ibrahim who had come to campaign for Khalid Ibrahim - his party’s candidate in the April 28 by-election.Peppered with generous doses of humour and wit, Anwar drew much laughter and applause from his audience during his brief speech.
Repressive policies
As for Hishammuddin, who is also education minister, Anwar said wielding the keris during the Umno general assembly was nothing short of a warning to other races, especially the Chinese.
He said the Umno Youth chief had since explained that raising the traditional dagger was part of the Malay culture.
“You think the Chinese are stupid ah?” he asked, cracking up those present. “It was a warning (to the other races). Anwar said he was not raising these issues just to please the Chinese and that he would tell the Malays the same thing as well.
“If Malaysia is to move forward, all races must participate,” he said, adding that race-based politics was not good for the country.
“I don’t understand why the Chinese still support this Malay (Umno) government,” he quipped much to the amusement of the audience.
As for education, he said the current standard was deplorable and asked why a non-Malay could not head a local public university.
The former deputy premier also took a swipe at the language-switch policy mooted by his predecessor Dr Mahathir Mohamad which saw English being used as the medium of instruction for Mathematics and Science.
“I challenge MCA leaders to respond to my call to have the language switch reverted and have Chinese schools teach these subjects in Chinese,” he said.
Anwar also drew loud cheers when he stressed on the importance of learning the Chinese language and revealed that three of his six children have learnt the language.He also took a swipe at Umno campaigners for telling Malay voters that he has changed and that he was now pro-Jew and pro-Chinese.
“MCA will come here tomorrow and tell you (Chinese voters) that I am pro-Malay. Both are lies, I am pro all races,” he said.Following this, the dark-coloured Rover headed towards the nearby Kampung Sungai Darah, escorted by youths on motorcycles carrying PKR flags.
Here, he addressed more than 300 people, made up mostly of Malays and Indians. Once again, Anwar’s wit and humour had the crowd in stitches.
Mongolia to KL
He said the Tuan Mee area now has the most number of sewing machines in the world as BN has just given out some 200 of these machines to the residents there.
“This is the time to ask for all sorts of things, go ahead and take them but when polling day comes, vote for PKR,” he said.Anwar also reiterated his corruption allegations concerning Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak over the purchase of submarines and fighter jets.
Apart from this, he also stressed on the importance of religious freedom and criticised any form of coercion in this matter.
Several minutes into his speech, businessman KS Nallakarupan made his way through the crowd, to which Anwar said in jest:
“Here comes Nalla, look at the way he walks, just like MGR (late Tamil actor and politician).”

Gambar Kempen DSAI di Ijok

Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah turun dan mula berkempen untuk kemenangan calon keADILan di Ijok Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.


Semenjak Jumaat lepas,jadual DSAI dipenuhi dengan pelbagai ceramah umum,hi-tea,walk-about dan pelbagai lagi wacana kempen.Berikut disiarkan gambar sekitar kempen DSAI di Ijok.




Monday, April 23, 2007

Nasib U.P.U Jaya Setia

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata lima puluh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) masuk Umno. Tidak dijelaskan dari kampung mana di Dun Ijok ini ahli-ahli AMK itu berasal. Bilik Gerakan Keadilan terpaksa dipindahkan, karena tuan tanah yang bekerja kerajaan diugut akan dipindahkan ke Sarawak kalau dia masih mengizinkan tanahnya digunakan jadi bilik gerakan kami.Tidak jauh daripada Bilik Gerakan Keadilan itu adalah Bilik Gerakan Umno. Ada dua. Dekat-dekat sahaja antara satu dengan lain. Menurut penduduk kampung, Umno Jaya Setia pecah sudah lama. Ada dua cawangan. Satu cawangan dikuasai ketua kampung, dan satu lagi adalah lawan kepada ketua kampung ~ yang dengarnya mahu jadi ketua kampung.Umno berpecah, dan Keadilan diugut. Kami tidak punya pilihan, dan bilik gerakkan kami berpindah kira-kira setengah batu daripada tapak lama.Dalam Pilihanraya lepas, Keadilan menang di Jaya Setia dengan lebih lima puluh undi. Umno-BN tahu, mereka perlu gempur kampung ini. Jentera Pemuda Umno diletakkan di sini dengan kekuatan luar biasa. Poster ditampal sebanyak-banyaknya.Pemuda kampung, masih ramai yang bersama Keadilan. Waktu bercakap dengan mereka, kata mereka, bukan soal duit mengapa mereka menyokong Keadilan.Malam kelmarin sahaja, ada usaha untuk membeli ahli Angkatan Muda Keadilan seramai empat belas orang dengan harga RM20 ribu. Kalau dibahagi-bahagi setiap seorang dapat sekitar lebih seribu ringgit. Ada seorang-dua yang termakan tawaran itu. Masih ramai yang bersama Keadilan."Khairy tidak akan dapat beli kita orang!" kata salah seorang yang saya temui malam tadi. Dia nampak terus bersemangat. Baru habis tampal poster. Azmi Mohd, ketua Keadilan kampung Jaya Setia membuat laporan polis semalam karena ada angkatan muda yang dipukul. Poster dan bendera turut dicantas namun Jaya Setia tetap bertahan. Sokongan dan simpati penduduk kampung dilihat meningkat.Semalam pagi, Khairy datang dengan kereta 4x4. warna hitam. Ketika lalu di hadapan Bilik Gerakan Keadilan, dia melaung, "jangan harap nak menang!"Kawan-kawan hendak membalas, tetapi kereta itu laju. Laju sangat-sangat.Saya meronda hampir setiap malam di banyak kampung. Bertemu dengan setiap yang termampu saya temui dan berbicara. Melihat dan membantu mereka menampal poster dan bendera. Beruntung Keadilan, karena, warna bendera lebih menonjol daripada warna bendera BN yang gelap.Khairy boleh melaung-melalak konon berpuluh ahli AMK masuk Umno, dan duit ditabur-tabur. Satu-dua memang akan terpesona (atau pura-pura terpesona dan mengambil wang), tetapi Khairy wajib menunggu sampai hari mengundi, bagi kita lihat, mana lebih berkuasa, antara wang, dan semangat orang kampung dan rakyat.Lima puluh AMK yang masuk Umno itu, hanya maya Khairy semata-mata...Catatan dari blog amanatparitsulong

Friday, April 20, 2007

Mesti Lihat: Gambar Pemuda Keadilan Mengganas!

Semua media arus perdana sejak dari malam Khamis lepas tidak henti-henti memainkan berita tentang kekecohan pada hari penamaan calon di Ijok.Kesemua tokoh dalam BN yang ditemuramah menyatakan bahawa kekecohan itu dimulakan akibat provokasi oleh pihak Angkatan Muda Keadilan.
Hishamuddin berkata Parti Keadilan Rakyat ketandusan isu dan menimbulkan ketegangan kerana mahu mendapat perhatian dan menyalahkan pihak polis jika ditangkap.
Khairy Jamaluddin pula menyelar pembangkang kerana tidak bersikap profesionla dan melakukan provokasi sedangkan pemuda BN bertenang serta menyabarkan penyokong mereka.
Berikut merupakan gambar Pemuda Keadilan yang sedang memprovokasi dan berperangai seperti beruk seperti yang dilaporkan.

Thursday, April 19, 2007

Siapa Salah: Fikir Dengan Terbuka




Hari ini hampir semua media arus perdana menyiarkan berita mengenai hari kekecohan pada hari penamaan calon di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai semalam.Sudah tentu akhbar-akhbar yang dikuasai BN ini menghentam pembangkang khusuny aParti Keadilan Rakyat sebagai pihak yang memulakan kejadian tersebut.

Blog ini ingin mengajak para pembaca sekalian berfikir dan menimbang secara terbuka dan akhirnya membuat keputusan sendiri tentang siapakah sebenarnya dalang kepada kekecohan tersebut.Fakta-fakta ini boleh dijadikan sebagai medium pertimbangan untuk perkara tersebut.

1) Kehadiran hampir 5 ribu penyokong BN yang terdiri dari parti-parti komponen berbanding sekitar 2 hingga 3 ribu penyokong Barisan Alternatif.
= Adakah masuk akal untuk penyokong B.A memulakan kekecohan jika dilihat pada angka ini?


2) Keghairahan BN untuk menang
=BN wajib menang di Ijok.Jika dilihat pada keputusan PRU yang lepas,BN memenangi kawasan ini.Justeru BN lebih terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Ijok ini berbanding KeADILan yang memang telah tewas pada PRU lepas.Memang adat orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja.
3)Perbuatan Khairy Jamaluddin yang memprovokasi dengan cara mengejek dan menghalang perarakan calon Parti Keadilan Rakyat adalah tidak wajar & biadap.Rombongan perarakan keADILan telah disekat kira-kira 400 meter dari pusat penamaan calon dengan himpunan pemuda BN yang dikepalai oleh Khairy sendiri.
=Pasukan keselamatan dilihat sangat tidak professional dan lambat bertindak.Ini bukan pilihanraya pertama dalam Malaysia.Tidakkah pihak keselamatan dan SPR boleh membuat perkiraan dari sudut keselamatan?
4) Perihal Najib (TPM)
=Najib sedang lemas.Ratusan placard dan sepanduk menghiasi perarakan semalam memang mencemaskan.Isu komisen,Altantuya dan banyak lagi memang mendebarkan najib.Oleh itu,pertembungan ini semacam diatur untuk mengalih pandangan rakyat & melalaikan semua yang melihat isu-isu tersebut.

Nah,sekarang anda buatlah keputusan sendiri,siapa yang mulakan?

Tuesday, April 17, 2007

Rakyat Utara Yakin Dengan KeADILan.


Kehangatan dan kemeriahan Parti Keadilan Rakyat makin membara dan terasa.Beberapa siri lawatan DSAI ke bahagian utara semenanjung menunjukkan reaksi positif sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan parti.Di Pulau Langkawi,kemasukan lebih 600 ahli baru kebanyakannya bekas panglima UMNO Langkawi terasa meriah dan bakal disusuli hampir 2000 ahli lagi dalam masa yang terdekat.Ceramah yang diadakah pada sebelah malam di Pulau yang kecil itu juga dibanjiri ribuan rakyat.
Sementara itu di Kedah,program DSAI di sambut puluhan ribu rakyat dikawasan Kota Sarang Semut seluas mata memandang yang menanti saat PRU ke 12 untuk menggantikan kerajaan yang lama dengan yang lebih adil.

Inilah semangat rakyat yang bangkit setelah sedar dipermainkan pemerintah.Ayuh bangkit!