"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Monday, April 23, 2007

Nasib U.P.U Jaya Setia

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata lima puluh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) masuk Umno. Tidak dijelaskan dari kampung mana di Dun Ijok ini ahli-ahli AMK itu berasal. Bilik Gerakan Keadilan terpaksa dipindahkan, karena tuan tanah yang bekerja kerajaan diugut akan dipindahkan ke Sarawak kalau dia masih mengizinkan tanahnya digunakan jadi bilik gerakan kami.Tidak jauh daripada Bilik Gerakan Keadilan itu adalah Bilik Gerakan Umno. Ada dua. Dekat-dekat sahaja antara satu dengan lain. Menurut penduduk kampung, Umno Jaya Setia pecah sudah lama. Ada dua cawangan. Satu cawangan dikuasai ketua kampung, dan satu lagi adalah lawan kepada ketua kampung ~ yang dengarnya mahu jadi ketua kampung.Umno berpecah, dan Keadilan diugut. Kami tidak punya pilihan, dan bilik gerakkan kami berpindah kira-kira setengah batu daripada tapak lama.Dalam Pilihanraya lepas, Keadilan menang di Jaya Setia dengan lebih lima puluh undi. Umno-BN tahu, mereka perlu gempur kampung ini. Jentera Pemuda Umno diletakkan di sini dengan kekuatan luar biasa. Poster ditampal sebanyak-banyaknya.Pemuda kampung, masih ramai yang bersama Keadilan. Waktu bercakap dengan mereka, kata mereka, bukan soal duit mengapa mereka menyokong Keadilan.Malam kelmarin sahaja, ada usaha untuk membeli ahli Angkatan Muda Keadilan seramai empat belas orang dengan harga RM20 ribu. Kalau dibahagi-bahagi setiap seorang dapat sekitar lebih seribu ringgit. Ada seorang-dua yang termakan tawaran itu. Masih ramai yang bersama Keadilan."Khairy tidak akan dapat beli kita orang!" kata salah seorang yang saya temui malam tadi. Dia nampak terus bersemangat. Baru habis tampal poster. Azmi Mohd, ketua Keadilan kampung Jaya Setia membuat laporan polis semalam karena ada angkatan muda yang dipukul. Poster dan bendera turut dicantas namun Jaya Setia tetap bertahan. Sokongan dan simpati penduduk kampung dilihat meningkat.Semalam pagi, Khairy datang dengan kereta 4x4. warna hitam. Ketika lalu di hadapan Bilik Gerakan Keadilan, dia melaung, "jangan harap nak menang!"Kawan-kawan hendak membalas, tetapi kereta itu laju. Laju sangat-sangat.Saya meronda hampir setiap malam di banyak kampung. Bertemu dengan setiap yang termampu saya temui dan berbicara. Melihat dan membantu mereka menampal poster dan bendera. Beruntung Keadilan, karena, warna bendera lebih menonjol daripada warna bendera BN yang gelap.Khairy boleh melaung-melalak konon berpuluh ahli AMK masuk Umno, dan duit ditabur-tabur. Satu-dua memang akan terpesona (atau pura-pura terpesona dan mengambil wang), tetapi Khairy wajib menunggu sampai hari mengundi, bagi kita lihat, mana lebih berkuasa, antara wang, dan semangat orang kampung dan rakyat.Lima puluh AMK yang masuk Umno itu, hanya maya Khairy semata-mata...Catatan dari blog amanatparitsulong

No comments: