Penulis bertolak dari Pejabat Pusat di Brickfields hampir jam 3 petang.Perjalanan melalui MRR2 agak selesa.Tidak banyak kenderaan sepanjang lebuhraya tersebut.Setelah melepasi Kepong, keadaan lalulintas sedikit sesak akibat projek ubah laluan jalanraya yang tidak siap-siap sejak tahun 2000.(Er..bila ADUN kawasan itu nk meninggal?!) Selepas melalui susur keluar ke Hospital Sg. Buloh keadaan masih sama.Kebanyakan jalan sehala.
Perjalanan kini sudah memasuki DUN Kuang.Terdapat rumah-rumah kampung tradisional Melayu di kiri-kanan jalan.Masih tiada tanda-tanda pilihanraya bakal diadakan di DUN bersebelahan.
Kini kami melalui jalan dihadapan Ladang Tuan Mee,salah sebuah daerah mengundi dalam DUN Ijok.Kelihatan kuarters estet di kiri kanan jalan.Kira-kira 10 minit selepas melepasi Kg Kuantan (kelip-kelip) lalulintas agak sesak.Banyak bendera BN terpacak di kiri-kanan jalanraya...Hm, memanglah puak-puak ni tak tahu Aka Pilihanraya ataupun saja buat begitu kerana mereka seolah-olah kebal dari Undang-undang! Nak tanya SPR,bolehkan berkempen sebelum penamaan calon?
Rupa-rupanya pada waktu itu baru selesai Pelancaran Pemuda BN Ijok.Piiirah, pada penulis itu adalah himpunan pemuda BN Malaysia bersama budak-budak sekolah yang diangkut dengan bas-bas yang bersusun di tepi jalan! hm,kalau tak diberi 3T(Topi,T-shirt,Tambang)tak mai! Ok lah tu kami faham,sapa yang nak support BN di IJOK sekarang ni? terpaksalah mengharapkan jentera luar.
Setelah tiba di Pejabat Keadilan Kuala Selangor,keadaan agak sesak.Sekitar 60 dari wakil setiap bahagian di Selangor telah tiba untuk Mesyuarat Perhubungan Negeri namun Tan Sri Khalid belum tiba memandangkan beliau masih bermesyuarat MPT di Kuala Lumpur.
Muka setiap yang hadir berseri-seri, udara kemenangan dapat dihirup dengan selesa.
Setelah mesyuarat dimulakan,beberapa pengarah diperkenalkan dan struktur operasi dan arahan diperkenalkan.
Turut kelihatan beberapa pimpinan Pusat yang hadir termasuk Dr. Lee Boon Chye,A.Ayyathurai,Tian Chua,Kapt (B) Usaili dll.
Perjalanan balik melalui jalan yang sama tidak banyak berubah,cuma yang menggembirakan telah mula kelihatan bendera KeADILan mula di pacak dirumah penduduk berbangsa Tionghwa dan terdapat sebuah rumah yang mengibarkan bendera Keadilan Nasional.Nampaknya PRK ini berjaya membakar semangat pejuang-pejuang lama.
Sampai disini dahulu kali ini.
"TAWAN SELANGOR 2007"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment