Berikutan kematian ADUN IJOK Datuk K. Sivalinggam,ramai pemerhati politik mula menelah keputusan yang bakal diambil oleh Barisan Pimpinan Barisan Rakyat Selangor yang terdiri daripada keADIlan dan PAS.Adakah keputusan memboikot Pilihanraya Kecil seperti di Batu Talam akan diteruskan ataupun keputusan untuk mengambil bahagian akan dicapai.
Ramai yang sedia maklum, Selangor mencatatkan penipuan yang terhebat pernah disaksikan dalam sejarah moden Malaysia pada Pilihanraya Umum 2004 yang lalu.dimana lebih 200 ribu pengundi berdaftar hilang saluran mengundi dan arahan melanjutkan tempoh pembuangan undi hingga jam 7 petang yang datang entah dari siapa.
ADUN IJOK tersebut juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Negeri, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sekecil 1600 undi dengan menewaskan calon KeADILan En. Abdul Rahman Moharam yang mendapat lebih 3000 undi.
Namun kebijaksanaan pimpinan Barisan Rakyat Negeri Selangor yang dikendalikan bersama oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dato' Dr Hj. Hassan Ali pastinya tidak lepas dari memikirkan pelbagai isu yang melanda Negeri Selangor sejak 2004 hingga ke hari ini sebagai peluang terbaik untuk rakyat Selangor meluahkan rasa di atas kerta-kertas undi.
Susunan masalah yang berjela-jela daripada perihal penipuan pilihanraya,kes setinggan-setinggan yang dizalimi,kes perobohan surau,kes mahligai Zakaria & Satay Housenya,Kenaikan harga tol,tarif elektrik,masalah jenayah tertinggi dalam negara dan laporan kes rasuah melibatkan pimpinan tertinggi Negeri Selangor pastinya lebih dari mencukupi untuk meruntun emosi rakyat & menarik imaginasi mereka untuk kembali menilai sokongan yang selama ini diberikan kepada Barisan Nasional.
Walau apa pun,Angkatan Muda Keadilan Selangor sentiasa siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.Membujur lalu Melintang Patah.Lawan Tetap Lawan!
No comments:
Post a Comment