"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Tuesday, April 17, 2007

Mampukah M.I.C Tanpa Akar Umbi?


Keyataan perletakan jawatan & keluar parti Sdr S.P Thirumoorty selaku Ketua M.I.C Bahagian Kuala Selangor menggemparkan masyarakat India di kawasan tersebut.Lebih-lebih lagi apabila 35 ketua cawangan M.I.C termasuk 13 dari D.U.N Ijok diisytiharkan mengikut langkah beliau.Langkah itu disambut dengan kenyataan "dia boleh berambus..." oleh Presiden M.I.C sendiri, S.Samy Vellu.Nyata kekecewaan bekas ketua bahagian M.I.C itu yang tidak terpilih sebagai calon BN D.U.N Ijok kali ini tidak terbendung lagi sejak beliau gagal menewaskan mendiang Datuk K. Sivalinggam dalam pemilihan bahagian parti tersebut beberapa tahun lalu.
Dikalangan pemimpin pembangkang,perkembangan ini sememangnya dijangkakan dan jelaslah bahawa perjuangan pemimpin dalam parti-parti komponan BN hanyalah berkiblatkan jawatan semata-mata.Calon KeADILan bagi PRK D.U.N Ijok kali ini Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim berpendapat bahawa soal keluar masuk parti adalah hak indivudu kerana dalam politik perkara ini adalah biasa.Beliau juga menyatakan adalah bukan jalan yang tepat untuk menyeru agar kesemua bekas ahli M.I.C itu menyertai mana-mana parti kerana matlamat sebenar menyertai politik adalah berlandaskan prinsip politik yang baik, bukan emosi dan perasaan.
Walaubagaimanapun, ternyata peluang untuk rakyat menyedarkan Khir Toyo dari mimpinya semakin terbuka luas.Dengan perkembangan terbaru ini,M.I.C sudah kehilangan sekurang-kurangnya 30% undi masyarakat akar umbi kaum India di Ijok yang selama ini taat setia kepada BN.Oleh itu dengan kerja keras dan efektif,adalah sangat tidak mustahil bagi KeADILan memenangi PRK ini.

No comments: