Kini segala persoalan sudah terjawab.Parti KeADILan Rakyat Negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Ijok.
Berikut merupakan petikan kenyataan Pengerusi BadanPerhubungan Negeri KeADILan Selangor.
Suara rakyat yang lantang mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan tuntutan-tuntutan agar pengendalian pilihanraya di Malaysia direformasi untuk memastikan ia benar-benar adil ternyata tidak dipedulikan oleh pemerintah dan SPR.rakyat. Parti Keadilan Rakyat beranggapan bahawa untuk memastikan reformasi pilihanraya berlaku dan pilihanraya dikendalikan dengan benar-benar adil dan bersih bagi menzahirkan suara dan kehendak rakyat, perubahan mesti dilakukan di peringkat pemerintahan negara dan negeri itu sendiri.Meskipun kita akan berhadapan dengan lapangan pertandingan yang tidak sama rata (uneven playing field), rakyat Malaysia tidak punya sebarang pilihan selain menghadapi segala kesukaran itu dengan tabah.Justeru keADILan akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang akan datang. keADILan percaya pilihanraya kecil ini akan dimanfaatkan oleh rakyat untuk menzahirkan kehendak mereka terhadap kepemimpinan negeri Selangor yang bersih yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat dan menolak cara hidup korup pemimpin Barisan Nasional.Menteri Besar Selangor sekarang yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga telah memilih untuk meneruskan sifat-sifat korupsi dan kroni pentadbiran Negeri sebelum ini.keADILan percaya sokongan mantap rakyat akan dapat mengatasi sebarang tindakan penipuan pilihanraya yang akan dilakukan oleh BN dan juga SPR. Oleh yang demikian, keADILan memutuskan untuk menguji buat kesekian kalinya sikap BN dan SPR yang tidak teragak-agak sanggup menipu, mempermain-mainkan dan menindas rakyat.
Tan Sri Dato' Abdul Khalid IbrahimPengerusi Perhubungan keADILan Selangor
No comments:
Post a Comment