"TAWAN SELANGOR 2007"

"TAWAN SELANGOR 2007"
"AMK Selangor Teraju Perubahan"

Thursday, April 12, 2007

Kemenangan di Machap



Parti DAP yang juga merupakan rakan dalam politik Parti KeADILan Rakyat telah berjaya di Machap.Walaupun calonnya tewas dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap namun terdapat banyak kejayaan disebalik kekalahan itu.


Yang pertama, DAP telah berjaya mengimbangi kekuatan jentera BN dan juga Jentera Kerajaan dari seluruh negara dengan bantuan daripada aktivis KeADILan dari beberapa negeri di seluruh negara.
Kedua,calon DAP ini merupakan calon sama yang tewas pada PRU 2004 telah berjaya mengurangkan hampir 500 undi majoriti calon BN dan menambah undinya dari 1285 undi pada PRU 2004 kepada 1452 undi kali ini.
Ketiga,dengan kehadiran Penasihat KeADILan, DS Anwar Ibrahim pada malam terakhir berkempen,ianya telah meyakinkan pengundi Melayu agar mengundi calon DAP bagi membawa suara rakyat menegur kepimpinan BN yang rakus.
Keempat,keputusan di Machap ini merupakan petanda awal sokongan pengundi kini sudah mula beralih kepada Barisan Rakyat.Ini kerana,kebanyakan penduduk Machap merupakan petani,pekebun & pekerja-pekerja ladang .Dalam keadaan mereka yang tidak merasai kesan terus akibat kenaikan tol,minyak dan pelbagai kezaliman BN pu, undi kepada Barisan Rakyat meningkat.Bayangkan jika ada lagi PRK yang melibatkan DUN di kawasan bandar!.

No comments: